kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Zionis sentiasa amal 'jungle law'

Gaza bergolak lagi. Serangan rejim Zionis Israel sejak enam hari lalu membunuh lebih 160 orang, terutamanya orang awam daripada kanak-kanak dan wanita. Walaupun serangan itu disasarkan kepada pejuang Hamas, orang awam mangsa utama. Ia turut memusnahkan berpuluh-puluh rumah kediaman Palestin di Gaza. Walaupun ramai terkorban dalam keadaan mengerikan dan menyayat hati, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus mengeluarkan kenyataan biadabnya akan terus membuat serangan.

Kebiadaban dan kesombongan Zionis Israel ini mengingatkan kita akan peristiwa serangan tentera udara rejim Zionis ke atas Gaza pada Disember tahun 2008. Begitu juga serangan yang dilancarkan pada tahun 2012. Serangan tidak berperikemanusiaan itu telah mengorbankan ramai orang awam Palestin yang tidak berdosa.

Serangan terbabit membuktikan hasrat Israel untuk menguasai seluruh wilayah Palestin tidak pernah luntur. Bagi Israel, halangan terbesar yang dihadapinya ialah pejuang Hamas dan Briged al-Qassam, kumpulan yang berpengaruh di Gaza.

Pelbagai bentuk kekejaman

Sejak menguasai bumi Palestin pada tahun 1948, Israel telah melaksanakan doktrin ‘Jungle Law’ dan dasar pre-emptive yang menghalalkan serangan tanpa menghiraukan peraturan dan undang-undang antarabangsa. Sejak dulu lagi pelbagai bentuk kekejaman di luar batas kemanusiaan seperti Tragedi Sabra dan Shatila pada 16 September tahun 1982 dan serangan ke atas rakyat Palestin serta beberapa peperangan Arab-Israel mengorbankan banyak nyawa umat Islam di Asia Barat.

Pada hemat penulis, Gaza yang kononnya dalam rancangan untuk dijadikan negara Palestin yang merdeka tidak akan menjadi kenyataan kerana hasrat sebenar rejim Zionis ialah untuk menguasai keseluruhan bumi Palestin. Justeru, keselamatan penduduk Islam di Gaza tidak akan terjamin kerana Zionis Israel akan terus mengganyang wilayah terbabit.

Segala bentuk pelan damai dan perjanjian perdamaian hanya tipu daya rejim Zionis. Apa yang diinginkan oleh Zionis itu ialah merealisasikan cita-citanya menguasai seluruh wilayah Palestin termasuk Gaza. Namun, pejuang Islam di bumi Palestin akan terus mempertahankan wilayah terbabit.

Hampir semua serangan Israel selama ini tidak mampu diambil sebarang tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Israel mahu menunjukkan kepada dunia bahawa rejim itu kebal kerana hampir semua badan utama dunia sama ada dalam bidang perekonomian, kewangan, keselamatan dan ketenteraan, pendidikan dan sosial dikuasai mereka.

Pengaruh pelobi Yahudi

Pelobi Yahudi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam setiap pelan damai Israel-Palestin. Ia telah berakar umbi sejak tahun 1948 lagi. Ketika persidangan Zionis di Hotel Bilt More, New York pada tahun 1942, AS menyatakan sokongannya kepada cadangan pembentukan negara Zionis Israel di Palestin. Justeru, kerana pengaruh yang begitu kuat inilah maka keselamatannya dilindungi oleh PBB serta kuasa Eropah yang diketuai AS.

Kebanyakan negara Arab tidak berani melawan Israel. AS seolah-olah mewakili Israel dalam hubungannya dengan pemimpin Arab supaya dapat melunakkan mereka terhadap Israel. Sejak Jimmy Carter menjadi Presiden AS pada tahun 1977, Israel berjaya membendung kebangkitan negara Arab. Mana-mana pemimpin Arab yang cuba menjadi ‘hero’ kepada rakyat Palestine dan memusuhi Israel akan menjadi mangsa AS seperti yang berlaku ke atas Saddam Hussein di Iraq.

Hamas dan pejuang Islam di bumi Palestin terus dilabelkan sebagai militan dan pengganas bertujuan untuk memastikan dunia menolak perjuangan Hamas. Ketika Hamas memenangi pilihan raya Parlimen Palestin pada Januari tahun 2006, Israel dan AS cuba menyingkirkan Hamas melalui pelbagai usaha termasuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Gaza.

Malah, perjanjian Makkah pada Disember tahun 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran juga tidak disenangi mereka sehingga berjaya mencetuskan perbalahan dan pertumpahan darah antara Hamas dan Fatah di Gaza pada Jun tahun 2007. Mahmoud Abbas yang membentuk kerajaan Tebing Barat ketika itu mengisytihar Gaza sebagai wilayah pengganas. Sikap Mahmoud itu disokong AS dan Eropah yang mencurah berjuta dolar untuk membantunya.

Kesimpulan, Israel akan terus ancam keselamatan rakyat Palestin yang tidak pernah diberi sebarang jaminan keselamatan oleh PBB dan AS. Negara pengganas itu terus bebas menyerang dan membunuh rakyat Palestin melalui doktrin ‘Jungle Law’ yang diamalkan sejak sekian lama. Mohd Ayob Abd Razid ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Berita Harian Kolumnis 2014/07/16 - 02:48:59 AM
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments