kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Zionis kuasai empayar media, Obama kuda tunggangan saja

Menguasai empayar media adalah memegang tampuk dunia. Inilah yang dilakukan oleh Yahudi, walaupun dengan populasi yang pada relatifnya sangat kecil iaitu 13.9 juta atau 0.2 peratus populasi dunia, bangsa ini berkuasa menentukan corak politik dan ekonomi dunia. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang kononnya demokratik tetapi tidak lebih momokan Zionis untuk menyembunyikan tangan ghaib yang menentukan siapa yang layak diperkudakan untuk kepentingan mereka.

Barat menjaja demokrasi, kebebasan media dan hak asasi manusia. Tetapi semua ini karut kerana di Barat tidak ada demokrasi, kebebasan media dan juga hak asasi manusia. Kekarutan ini dipasarkan kepada sesetengah pihak di negara sebelah sini. Di Malaysia misalnya, ada pihak tertentu mengheret rakyat ke jalan raya menuntut demokrasi, media yang bebas dan hak asasi manusia. Mereka yang telah dibius ini pun merujuk kesejahteraan, keamanan dan keadilan sosial dari kolam takungan Yahudi yang zionisme menjadi terasnya.

Tragedi serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza dan membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin sejak 7 Julai lalu dilindungi oleh empayar media Zionis di AS. Walaupun seluruh dunia mengetahui Israel membunuh orang awam Palestin tetapi media Zionis membina persepsi bahawa Palestin itu teroris dan Israel hanya mempertahankan diri daripada diserang Palestin. Sejak serangan terbaru, media utama AS seperti Cable News Network (CNN), The New York Times dan Washington Post misalnya beratus kali sehari mendakwa Palestin sebagai teroris. Siapa pemilik media ini kalau bukan Yahudi yang menganut ideologi zionisme di AS.

Zionisme

Memang benar tidak semua Yahudi jahat seperti Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Yahudi ortodoks misalnya menentang kekejaman yang dilakukan oleh Zionis ke atas Palestin. Tetapi kita jangan lupa bahawa 69 peratus Yahudi menganut ideologi zionisme. Jadi, majoriti Yahudi ialah Zionis dan 4.26 peratus Zionis berada di luar Israel terutama di AS. Inilah yang menguasai dunia. Daripada 13.9 juta populasi Yahudi di seluruh dunia, sembilan juta daripadanya ialah Zionis. Walaupun jumlahnya kecil tetapi inilah yang menguasai media, politik dan ekonomi, seterusnya mencorakkan untuk kepentingan penganut zionisme dan selebihnya barulah masyarakat Barat yang menyokong Zionis.

Dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak di ruang udara kawasan perang di Ukraine baru-baru ini, media Barat dengan pantas membuat kesimpulan ia dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia. Hingga beberapa hari kemudian Rusia diseretkan sebagai terlibat secara langsung dalam tragedi menembak jatuh pesawat penumpang itu. Semua ini disebarkan oleh media Barat yang dikuasai Zionis bertujuan memberikan tekanan kepada Rusia, musuh Perang Dingin AS. Selebihnya untuk mewujudkan ketegangan antara Malaysia dengan Rusia sebagai kelangsungan agenda AS mencetuskan konflik Malaysia dengan China kerana kehilangan MH370.

Media Barat bekerja untuk Zionis. Tetapi kita memahaminya sebagai maklumat yang betul. Lihatlah bagaimana CNN diberi peranan besar semasa Perang Teluk pada awal 1990-an antara AS dengan Iraq. CNN menjadi alat untuk memberitahu dunia bahawa Iraq wajar diperangi kerana menyerang sekutu AS iaitu Kuwait. CNN memikul tugas untuk memutihkan tindakan kejam dan hitam AS dengan mendakwa Iraq memiliki loji senjata nuklear. Tetapi sehingga kini AS tidak boleh membuktikan Iraq mempunyai loji senjata nuklear. Bagaimanapun yang ditekankan oleh media Barat terutama CNN ialah kewajaran perang ke atas Iraq. Ini kerja Zionis untuk menstrukturkan politik di Asia Barat mengikut acuan AS di mana semua Presiden AS berjaya berkuasa hasil pelobi dan pembiaya Zionis.

Presiden Barack Obama yang dipuja-puja oleh sesetengah pihak di negara ini hingga tidak boleh dijentik sedikit pun adalah hasil ternakan untuk memberi pulangan kepada Zionis. Terbaru, Obama mengerahkan lebih 2,000 bala tentera untuk membantu Israel membunuh rakyat Palestin selepas menganggap serangan ganas Israel sebagai mempertahankan diri daripada pejuang Hamas. Inilah yang diistilahkan sebagai 'Ziobama,' Obama yang dizioniskan.

Siapa di belakang CNN yang berjaya diperagakan sebagai media yang telus, pantas dan cekap memberikan laporan eksklusif di zon perang kalau bukan Zionis? Apalah sangat kehebatan wartawan CNN Peter Arnnet kalau tidak bekerja untuk menyebarluaskan ideologi Zionis? Inilah alat-alat Zionis untuk mencapai matlamat jahat dengan laporan berat sebelah yang sangat kotor taktiknya.

CNN dimiliki oleh empayar media Time Warner yang di bawahnya ada pelbagai saluran televisyen, akhbar, penerbit program hiburan dan juga penerbit filem. Pemegang saham terbesar Time Warner ialah Avin Nevo seorang Zionis tegar. Dia juga pemegang terbesar dalam konglomerat Goldman Sachs sebuah bank pelaburan multinational AS yang mempunyai hubungan dengan hampir semua bank pelaburan global. Kuasa media dan ekonomi dipegang oleh Time Warner. Kemudian Time Warner melantik Jeff Zucker seorang ekstremis Zionis yang digelar "utterly devoted to Israel" sebagai Presiden Antarabangsa CNN. Inilah kekuatan Zionis pada era maklumat menjadi penentu jatuh bangun sesebuah kuasa dan ideologi. Utusan/Rencana/20140727

Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments