?

Log in

No account? Create an account

3 SEPT — Dua tajuk menarik mengenai kritikan telah disiarkan di media dengan tajuk “Kritikan yang dibuat biarlah bertempat” dan “Kritikan biarlah berpada-pada” baru-baru ini membuat saya ingin memberi pandangan.

Di tempat kerja terutamanya kita tidak akan terlepas dari dikritik oleh rakan sekerja. Ada yang tidak kisah dikritik ada juga yang cukup terasa jika dikritik.

Yang paling terkesan adalah cara yang salah dalam menyampaikan kritik yang akan mengeruhkan keadaan, tidak menghasilkan tindakan korektif, yang akan menimbulkan rasa tersinggung.

Kerana kritikan adalah sebuah tindakan pembetulan, maka anda harus mengkritik dengan tepat agar mesej akan tersampaikan dengan baik.

Dengan sikap keterbukaan yang kononnya disarankan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang baru dipilih pada 9 Mei 2018 ini, mari kita mengambil dua contoh untuk dijadikan iktibar.

Pertama: Perdana menteri Malaysia ketujuh menyatakan “Sesiapa saja boleh berkata tidak baik kepada beliau, tetapi jika beliau tidak suka beliau akan menyaman orang yang berkata tidak baik terhadap beliau”.

Kedua: Menteri besar Kedah yang baru memberitahu rakyat Kedah untuk memaklumkan kelemahan dalam pentadbiran pasukan beliau.

Kedua-dua kenyataan ini menampakkan kedua-dua pemimpin anak-beranak ini bersedia menerima kritikan asalkan ia tidak menyalahi dan melanggar tatasusila dan adat dan budaya rakyat Malaysia.

Dalam kehidupan seharian, kita sering perlu mengkritik tindakan orang lain tetapi pada masa yang sama ia boleh menjadi tugas yang menakutkan. Tiada siapa yang suka diberitahu mereka salah atau perlu membetulkan tindakan mereka.

Namun, hanya kerana manusia tidak suka dikritik, tidak bermakna kita tidak perlu mengelak daripada melakukannya. Jika kita membenarkan ‘pelaku’ untuk terus melakukan perkara yang salah, kita hanya akan mendendam dan membenci tindakan mereka dan secara tidak langsung menghalang mereka dari mengetahui kesilapan mereka.

Kita akan berasa kesal kerana tidak berani memaklumkan ‘kesilapan’ mereka yang bersalah seperti yang pernah dilalui oleh bekas menteri belia dan sukan terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional yang menyebabkan kejatuhan ‘rejim’ yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengkritik orang lain tanpa menjadikan mereka musuh kekal kita.

Untuk mengkritik orang lain, kita sendiri hendaklah berada dalam keadaan yang lurus dan benar. Kita juga perlu bijak untuk mengkritik orang lain.

Saya sering mengingatkan diri saya sendiri bahawasanya saya juga melakukan kesilapan yang sama. Kebiasaannya cara ini tidak pernah gagal memperbaiki keadaan.

Walaupun ia bukannya selalunya benar atau betul, kita boleh memperlahankan atau melembutkan kritikan dengan mengatakan bahawa “saya juga melakukan kesilapan dan dalam situasi ini saya juga turut akan melakukan perkara yang sama...”

Penyataan ini boleh berjaya dimaklumkan kerana ia mengelakkan kita menyatakan atau berasa unggul dari orang lain. Kita turut mengaku bahawa kita juga tidak sempurna, namun kita tidak berasa bersalah kerana orang lain turut melakukan kesilapan.

Contoh yang baik adalah ketika bersama rakan sekerja anda, seorang rakan kerja akan menjadi gugup dan pastinya melakukan kesilapan; jika kita asyik menyatakan dan menyalahkan mereka; tentu sekali mereka akan berasa diperkecilkan dan hilang motivasi.

Bagaimanapun jika kita menerimanya dan membantu mereka dengan memperbetulkan kesilapan dan kekurangan mereka, tentunya mereka tidak akan berasa sengsara.

Sebanyak 70 peratus dari perbualan adalah melalui nada suara dan ekspresi muka. Penyataan boleh menjadi aspek yang tidak penting. Jika anda perlu menunjukkan kegagalan dalam tingkah laku seseorang, berhati-hati dengan cara ia dinyatakan.

Elakkan bercakap dalam nada yang menyatakan, sindiran, kemarahan, permusuhan atau pengungkapan. Seboleh-bolehnya, bercakap dengan cara yang sopan, mesra dan semula jadi. Ini menjadikan perbezaan yang besar. Walaupun anda merasakan, orang itu patut dimarahi; sindiran anda tidak akan membantu memperbaiki keadaan. Jika anda terus melakukannya, mereka akan bertindak balas dengan cara yang negatif. Sekiranya anda mengkritik dengan cara yang bijak, mereka akan lebih bersimpati dengan maksud anda.

Sekiranya rakan sekerja telah melakukan sesuatu yang mengecewakan, kita merasa sukar untuk mengkritik tanpa menyatakan emosi negatif kita. Jika ini berlaku, cubalah memberi senyuman sebelum dan semasa perbualan anda.

Apabila kita tersenyum ia secara sedar membezakan situasi tegang. Apabila kita tersenyum, lebih mudah untuk berasa tenang dan mencipta getaran positif.

Tiada siapa yang menyukai orang yang suka menyibuk, yang akan sering menegur kesilapan yang kecil. Jika anda sering mengkritik bagi setiap kesilapan yang kecil, maka, apabila terdapat sesuatu yang serius, mereka telah menetapkan keengganan berdasarkan sifat kritikal anda.

Bersikap toleransi di mana mungkin; jika seseorang tidak berkongsi keghairahan anda untuk meletakkan ‘hati dan jiwa” itu secara tepat pada tempat yang betul, perlu kita ingat ini bukan kepincangan personaliti utama.

Mungkin lebih mudah untuk hidup dengan membiarkan mereka bersendirian untuk sementara waktu. Berilah kritikan pada perkara yang penting sahaja.

Jika kita bijak,  kita mungkin dapat mengubah tingkah laku seseorang tanpa mengkritik mereka. Jika rakan sekerja kerja terus melakukan perkara yang salah, cuba mencadangkan cara yang betul untuk melakukannya.

Sesuaikan keadaan dengan sifat positif mereka. Cadangkan cara yang betul untuk melakukan perkara dengan melibatkan kritikan tersirat; tetapi, yang penting adalah melakukan perkara yang betul, sembunyikan kritikan anda dengan cara yang baik.

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan; tiada seorang pun yang bekerja yang tidak mempunyai kualiti yang baik. Jika anda perlu mengkritik seseorang, mengapa tidak bermula dengan menunjukkan beberapa perkara yang baik yang mereka lakukan.

Ini akan meletakkan mereka dalam mood yang baik, dan oleh itu mereka akan menerima kritikan dengan hati yang tenang. Jelas sekali kita harus mempunyai keikhlasan dalam pujian kita, kalau tidak, mereka akan melihat dan mengesan pujian palsu kita.

Pujian harus diberikan jika mereka melakukan perkara yang betul, walaupun kekadang ianya tidak benar. Kaedah ini agak licik, tetapi patut dicuba. Katakan seseorang sangat tidak selesa dalam mengisi borang.

Ciptakan satu keadaan dengan memberitahu bos anda betapa baiknya orang itu melakukan tugas ini. Jika orang itu tahu akan apa yang telah anda maklumkan kepada ‘ketua jabatan’ anda, mereka mungkin berasa segan dan malu dan pastinya akan melakukan kerja dengan lebih cekap.

Saya mendapat idea ini dari menonton episod “British Sitcom, Yes Minister” di mana kakitangan perkhidmatan awam enggan melaksanakan pembaharuan yang dicadangkan oleh menteri.

Menteri tersebut kemudiannya memaklumkan di sidang media TV dan memberi pujian terhadap perkhidmatan awam kerana melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam melaksanakan reformasi-reformasi tertentu sebaik mungkin. Apa yang dikatakan oleh menteri itu sebenarnya tidak betul, tetapi kerana beliau memberi pujian kepada mereka di TV, perkhidmatan awam terpaksa menunaikan pujian menteri dan melaksanakan reformasi.

Azizi Ahmad The Malaymail Projek MMO Pendapat 3 September 2018

Teori asal usul nama Malaysia

SEBELUM nama Malaysia, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Selepas merdeka pada tahun 1957, namanya berubah kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Persoalannya, bagaimana asal usul Malaysia tercipta? Berdasarkan catatan sejarah, ia bukan ilham Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman seperti yang disangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Arkib Malaysia juga secara asasnya tidak mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan siapa individu yang mereka nama Malaysia. Bagaimanapun, terdapat pelbagai andaian dan teori yang dizahirkan seperti yang tercatat dalam beberapa penulisan seperti buku, rencana mahu pun peta.


NAMA Malaysia disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule pada tahun 1937 yang ditulis oleh Emerson

Sebagai contoh, dalam sebuah rencana berjudul Sur:Es Iles Du Grand Ocean (On The Island of The Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin De La Societe de Geographie pada tahun 1832 yang ditulis oleh penjelajah Perancis, Dumont d’Urville.

Urville mencadangkan agar Lautan Pasifik Selatan dinamakan Oceania yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Perkataan Malaisie kemudian ditukar kepada Malaysia oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat, Thomas G. Bradford (1835).

Satu lagi sumber ialah sebuah peta yang dilakar oleh Alexander Keith Johnston pada tahun 1845 yang diberi tajuk South Eastern Peninsula and Malaysia.

Kaum Melayu

Johnston berkata, Malaysia sebenarnya merangkumi Semenanjung Melayu dan Kepulauan Melayu (termasuk Sumatera, Tanah Jawa, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei dan Filipina). Ujar beliau, Malaysia juga merujuk kaum Melayu mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan peneroka pertama di Tanah Melayu.

Selain itu, nama Malaysia turut disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule(1937) hasil tulisan Rupert Emerson dan The People of Malaysia (1945), tulisan Fay Cooper Cole. Berdasarkan dua buah buku itu, Malaysia ialah Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang meliputi Tanah Melayu, Hindia Timur, Borneo termasuk Filipina.


NAMA Malaysia disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule pada tahun 1937 yang ditulis oleh Emerson

Duit syiling aluminium pada zaman pendudukan Jepun (1942) juga menjadi pendebatan tentang asal usul nama Malaysia. Syiling 20 sen itu difahamkan dikeluarkan pada tahun 1942. (Namun tertulis 2602, merujuk kepada kalendar Jepun).

Seperti yang ditulis oleh seorang penyelidik dalam buku bertajuk The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore), Kementerian Kewangan di Jepun mengesahkan bahawa nama Malaysia pada duit syiling itu mewakili nama umum penduduk Malaya pada masa itu.

Semasa penjajahan, Jepun dikatakan mengiktiraf Melayu sebagai pribumi.


DUIT syiling Aluminium yang ditemui pada zaman pemerintahan Jepun tertera perkataan Malaysia.

Bagaimanapun, terdapat satu penulisan yang telah mengutarakan plot teori yang sangat menarik dan berpatutan untuk dibincangkan.

Penulis yang tidak menyatakan namanya berkata, lazimnya, nama-nama utama di dunia akan berakhir dengan perkataan land (bahasa Inggeris), tan (bahasa Parsi) dan ia (bahasa Latin). Tiga perkataan berbeza itu, semuanya bermaksud tanah.

Antaranya ialah Scotland (tanah bangsa Scott), England, Thailand, Iceland, Pakistan (tanah suci), Afganistan, Kazakhstan, Algeria (tanah bangsa Algiers), Rusia, India dan Columbia.

Nama Malaysia pula ialah gabungan Malays dan ia. Daripada hujah tersebut, barangkali andaian itu ada logiknya kerana Malays-ia bermakna Land Of Malays (tanah bangsa Melayu).

Catatan perjalanan

Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah.

Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889 bukannya pada tahun 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.

Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883 hingga 1886.

Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

“Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.

Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 129 tahun lalu!

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.

Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.







Para pendidik dan guru seharusnya bersama menyambut usaha sumbangan yang diberikan kepada anak didik mereka terutama pengajaran berguna bagi memastikan kewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee, penerapan amalan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain dan membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

Para pendidik dan mentor memang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan personal anak didik. Mereka tentunya menyediakan detik pengajaran, dengan memaklumkan adalah tidak mengapa untuk melakukan kesilapan hinggalah kepada mengajar bagaimana dan betapa pentingnya untuk mengambil dan menghadapi risiko.

Pengajaran yang dapat dipelajari dari para pendidik boleh menjadi rangka dan panduan permentoran ditempat kerja. Pendidik sentiasa berkongsi strategi pengajaran yang baik untuk digunakan ditempat kerja.

Tidak ada manusia yang sempurna kecuali para anbia.

Membuat kesilapan boleh menjadi perkara yang baik. Kita tidak perlu mengeluh dengan teruknya apabila kita kerap melakukan kesilapan.


Malah, ia adalah salah satu peluang pertumbuhan terbaik.

Guru dan mentor yang baik dapat membantu pekerja, terutama pengurus maupun pentadbir baru, untuk menyedari bahawa kesilapan adalah salah satu cara terbaik untuk belajar.

Apa yang penting ialah bagaimana kita boleh menerapkan pembelajaran kepada perkembangan peribadi kita sendiri.

Membuat kesilapan boleh mengajar kita untuk merendah diri, mengetahui siapa kita dan hidup tanpa kekesalan.


Membuat kesilapan adalah sebahagian daripada kehidupan, dalam dan luar pejabat.

Apabila kita belajar dari guru dan mentor kita bahawa tiada siapa yang sempurna, kita dapat menghadapi  risiko dan mengubah kita menjadi orang yang lebih baik.

Guru dan mentor yang baik boleh membantu pelajar mengenali kesilapan yang telah dilakukan dan mencari strategi untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan dari berulang di masa hadapan.


Ketika kita berusia muda, kita kerap mengemukakan soalan secara semula jadi daripada ketika kita berusia tua.

Kajian Harvard Business Review mendapati, kanak-kanak didapati bertanya dan menyoal pada sekitar 70 hingga 80 peratus masa, berbanding 15 hingga 25 peratus masa untuk orang dewasa.


Malangnya, banyak organisasi, sama ada secara sengaja atau tidak, dengan mudah menghantar mesej yang memudaratkan iaitu ‘terima sahaja ‘apa’ yang diberikan’ atau ‘ikut sahaja apa yang disuruh’ sebagai cara untuk memaklumkan kepada  pekerja, cara mudah untuk menyelamatkan karier dan kekal dengan pekerjaan mereka.

Bagaimanapun guru dan mentor yang baik, menggalakkan kita untuk bertanya dan menyoal dan menanam rasa ingin tahu.


Berdiam diri atau menyepikan diri akan menyebabkan kita mengambil dan membuat keputusan yang lemah tetapi dengan bertanya soalan adalah cara yang pasti untuk meningkatkan keyakinan dan menggalakkan kreativiti.

Dengan menyelami lebih mendalam, kita akan mampu mencabar sebarang andaian.

Organisasi seharusnya mengalakkan, memupuk,  bersikap terbuka dan membenarkan kakitangan kerja di semua peringkat untuk mengemukakan lebih banyak soalan daripada bergegas untuk menyiapkan tugasan kerja atau tergesa-gesa untuk mengemukakan jawapan.

Berikanlah peluang untuk staf kerja menanya soalan kerana ia adalah cara terbaik untuk berkembang.


Kita akan sentiasa mengingati dan merasai sesuatu apabila seseorang memberitahu kita bahawa kita boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

Pastinya apabila kita menerima kritikan, kita akan rasa tercanggung dan tidak selesa; namun menerima maklum balas yang berguna adalah salah satu cara terbaik yang guru dapat membantu para pelajar dan mentor itu pula dapat membantu mente mereka.

Mempelajari apa yang baik kita boleh lakukan  dan apa yang perlu kita tumpukan dan beri perhatian untuk pertumbuhan adalah penting.

Tanpa maklum balas yang membina dan membantu, kita akan  cenderung untuk kekal terjebak.


Mentor harus berhati-hati untuk menawarkan maklum balas dengan cara yang betul.

Maklum balas yang baik akan membantu dan menjadi inspirasi.

Maklum balas boleh dianggap membina jika ia membantu orang lain memperbaiki kerja mereka dan menggalakkan mereka untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang dengan menawarkan tindakan tertentu.

Salah satu teknik yang biasa digunakan oleh mentor adalah untuk memulakan maklum balas positif, kemudian membincangkan bidang penambahbaikan sebelum kembali kepada catatan positif.


Pendidik dan guru yang baik menggalakkan pelajar mengunjurkan diri dan mengambil risiko bijak dan pintar.

Ini adalah penting untuk semua pekerja terutama golongan milenium, yang perlu merasa bahawa mereka adalah aset organisasi dan kemahiran dan kebolehan mereka adalah dinilai.

Ini penting jika organisasi mahu menyimpan dan mengekalkan mereka di organisasi mereka.


Organisasi yang tidak menggalakkan kakitangan mereka untuk mengambil dan mencipta peluang, terutamanya golongan bakal pemimpin yang akan datang, berisiko kehilangan beberapa orang terbaik mereka.

‘Millennials’ adalah generasi terbesar di Amerika Syarikat atau di negara dunia lain, dan mereka mahu bekerja untuk organisasi yang menghargai pertumbuhan peribadi mereka dan membantu mereka maju dalam kerjaya mereka.

Ciri seorang pendidik guru yang baik adalah yang menggalakkan pelajar mengambil risiko dan membina kepercayaan untuk berbuat demikian.


Pendidik guru dan mentor yang baik akan meluangkan masa untuk mendengar dan sentiasa ada bersama apabila diperlukan.

Mereka bersedia dan boleh membantu apabila seseorang menghadapi cabaran atau menghadapi situasi yang sukar.

Apabila guru bertanya kepada pelajar mereka tentang masalah yang mereka hadapi, pelajar akan mendapat peluang yang lebih baik untuk melakukan perkara yang sama di organisasi mereka jika mereka memutuskan untuk menjadi mentor kepada bakat muda.


Sering kali, para mentee boleh mencorak perjalanan mereka berhadapan masalah dan tampil dengan penyelesaian sendiri jika peluang untuk membincangkannya secara terbuka.

Mempunyai pendengar yang baik di pihak anda adalah penting untuk kedua-dua pelajar dan mentee.


Permentoran (Mentoring), seperti pengajaran, adalah satu cara untuk mengembalikan sesuatu secara jangka panjang.

Sambutan Hari Guru boleh menjadi masa yang sesuai untuk menghargai bukan hanya untuk guru tetapi untuk mentor juga, dan sumbangan yang berterusan untuk kehidupan kita dan komitmen yang berkekalan.

Azizi Ahmad Majalah Pendidik Rencana Rencana Bil 127 September 2018

Lambakan graduan

Lambakan graduan yang tidak menyerlah menjadi tajuk salah satu kolum disebuah media baru-baru ini.

Intipati kepada penulisan tersebut menunjukkan berlakunya lambakan graduan tidak memenuhi permintaan pekerjaan, berlakunya pengubahan dan penipuan gred oleh beberapa IPT dan pelajar lulus pengajian tetapi tidak memenuhi realiti kehidupan.




Sungguh pun banyak telah ditulis dan diutarakan didalam media terutamanya namun tiada kesungguhan oleh pihak terlibat untuk mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini.

Pihak berkepentingan hanya mementingkan status dan kedudukan,  tidak mahu dilihat sebagai ‘gagal’ dalam mentadbir dan mengurus perjalanan program dan sanggup mengenepikan nilai etika semata-mata untuk menaikkan ego kehebatan masing-masing.

Bagi para pengajar atau pendidik, kebanyakkan yang mengutarakan permasalahan ini di IPT akan diambil tindakan kerana ‘tidak menurut perintah atau arahan’ dengan alasan ia merupakan sesuatu yang dikategorikan ‘sulit dan rahsia’.

Kebanyakkannya pulak akan di labelkan sebagai tidak berpengetahuan, mahir dan kompeten serta tidak bekerjasama dalam membina item soalan, panduan peraturan pemarkahan dan ‘rubrik.

Bagi IPT, semuanya bermula dari arahan pihak atasan induk atau pusat.

Arahan biasanya menghendaki pengajar mengikut dan menggunakan kurikulum yang telah disediakan dan diberikan melalui pro-forma atau rancangan mengajar kursus. Pro-forma atau rancangan mengajar kursus biasanya diluluskan oleh pihak MQA.

Ada IPT menyediakan modul atau nota bahan kursus sebagai panduan untuk pengajar, tetapi kebanyakkannya perlu disediakan oleh pengajar sendiri. Hasrat induk lebih merupakan memberi arahan tanpa panduan.

Bahan pengajaran seperti buku teks dan rujukan yang terdapat di pusat sumber atau perpustakaan juga tidak memenuhi kehendak kurikulum, bahkan ada yang tidak tersenarai dalam ‘rujukan’ atau pun yang sudah ‘lupus’ dan pengajar perlu mencari di laman sesawang untuk mendapatkannya.

Jelas ia merupakan tindakan yang tidak selaras dalam menyediakan bahan pengajaran diantara pengajar di IPT yang menyediakan program yang sama.

Tenaga pengajar juga didapati seperti ditangkap muat untuk mengisi peluang ‘mengajar’ atau memastikan mereka mempunyai dan diberi masa kuliah terutama dikalangan kroni yang terlibat.

Ada yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dibidang bukan kelayakan diambil untuk memberi kuliah walaupun ‘pengetahuan dan ilmu’ bukan berdasarkan matapelajaran yang dimaksudkan; ijazah tinggi tidak semestinya tahu akan bidang yang diajar sebagai contoh Ijazah Doktor Falsafah Sukan diberi kuliah ‘ilmu pendidikan’ atau ijazah lingusitik untuk kuliah statistik.

Pentadbir akademik juga didapati banyak mempengaruhi keputusan dan ketetapan dalam menentukan kuiz, ujian dan peperiksaan akhir, juga terdapat ketidak sepakatan dan kebersamaan memandangkan, mereka yang dipilih untuk menghadiri mesyuarat peperiksaan adalah mereka yang bukan ‘ahli’ dalam subjek yang ingin ditaksirkan.

Sebagai contoh, adakah seorang Setiausaha Peperiksaan tahu semua matapelajaran yang diwakilinya; atau ‘pakar matapelajaran dan pemeriksa dalaman’ adalah mereka yang benar dan pakar dalam matapelajaran yang dimaksudkan; atau mereka sekadar menghadiri mesyuarat dan pulang membawa ‘persetujuan yang telah ditetapkan’.

Para pelajar juga didapati tidak bersedia dan berusaha dalam menimba ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang dicurahkan. Ramai yang menunggu untuk di ‘suap’ walaupun kaedah flipped classroom, blended learning atau ‘pembelajaran berasaskan pelajar’ diberikan.

Tanggungjawab dan persediaan sebagai pelajar didapati tidak dihayati sepenuhnya, ramai yang mengambil sikap mudah mungkin mereka sudah tahu bahawa asalkan membuat dan menghantar tugasan, mengambil kuiz  dan peperiksaan pastinya mereka akan tetap lulus walaupun gagal.

Bagi pengajar, bagaimana usaha mereka sekali pun pastinya mereka akan tetap terpaksa akur dengan ‘arahan dan kehendak pentadbiran’; moral dan kebajikan pengajar tidak dipedulikan dan diabaikan.

Jika ini berterusan, apa lagi yang boleh dilakukan; mengusul, memberi pandangan dan pendapat tidak endahkan. Kuasa ditangan mereka yang menguasai; yang di usaha tidak kesampaian yang ditatang bertaburan.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 26 Ogos 2018
Saya telah memberi kuliah kepada pelajar saya dalam Falsafah dalam Pendidikan sudah agak lama. Saya sendiri tidak pasti samada pelajar menyukai atau tidak subjek ini kerana ia memerlukan pembacaan, kefahaman, keterbukaan dalam berfikir dan menentukan falsafah apakah yang perlu digunakan dalam kehidupan seharian.

Ketabahan dan kesabaran amat diperlukan dalam memberi dan menyumbang buah fikiran, kejujuran dan ketelusan dalam membicarakan dan menerima pandangan dan pendapat pelajar juga harus diambil kira agar mereka tidak rasa akal pemikiran mereka tidak diperkecilkan maupun diri sendiri berasa terelbih tahu, apa lagi berhadapan depan dengan anak muda yang berusia dalam lingkungan 18-19 tahun.Satu pengalaman biasa apabila dalam sesi ‘soal-jawab’ adalah ‘saya bertanya, saya yang menjawab’ , adakah itu keadaan biasa dimana-mana institusi pengajian?

Pada suatu hari, seorang pelajar muda yang sering mendiamkan diri sepanjang kuliah membangkitkan keberanian di kelas untuk bertanya satu soalan mudah: "Bagaimanakah seseorang itu dikatakan memperolehi kebijaksanaan?"

Sudah pasti saya terkejut dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan dan cuba menjelaskan bahawa buat masa ini saya tidak dapat memberikan jawapan kepada soalannya, kerana sedang memberi tumpuan kepada etika dan falsafah politik, dan bukan epistemologi (ilmu pengetahuan).

Anak muda itu terus merenung saya dengan tajam,  "Encik selalunya akan mampu menjawab semua soalan dan perbincangan dan kami sering terpinga dan terlopong dengan maklumbalas yang diberikan, tetapi encik tidak boleh menjawab soalan mudah tentang bagaimana seseorang memperolehi kebijaksanaan? !!"

Seluruh kelas menjadi bising dengan gelak ketawa kerana ini merupakan seperti ‘hari ini dalam sejarah’.

Keesokan harinya, saya bertemu lagi dengan anak muda tersebut, "Maaf dari saya kerana tidak dapat menjawab soalan anda semalam adalah kerana saya tidak memberi masa untuk memikirkannya, jika tidak jawapannya adalah mudah:

Anda mendapat kebijaksanaan melalui introspeksi  (proses penilaian diri (fikiran, idea, perasaan) dengan mendalam).


Malah, inilah satu-satunya cara untuk mendapatkan kebijaksanaan. "

Anak muda tersebut tersenyum sinis,  "Adakah encik pasti? Jika kita dapat memperolehi kebijaksanaan dengan berfikir sendiri, maka mengapa kami harus menghadiri dan mengambil kelas falsafah ini? "

Saya terdiam dengan kenyataan dan mengangguk, betul juga kata beliau.
"Terima kasih kerana memberi pandangan dan pelajaran penting: Anda juga boleh mendapatkan kebijaksanaan dari orang lain. "

Anak muda itu tersenyum bangga sambil berkata “Jika begitu, saya tahu jauh lebih daripada encik, biar saya pula yang mengambil kelas ini kerana tidak ada lagi yang dapat encik ajar kami. "

Saya kemudiannya bertanya, "Betulkah awak nak menggantikan saya untuk subjek ini? Saya baru saja hendak berkongsi perkara ketiga untuk memperolehi  kebijaksanaan yang tidak disebutkan lagi. Tetapi saya rasa anda boleh memberitahu kami. "

Anak muda itu tertunduk seakan menyesali, "Saya tidak tahu ..." Teman-teman sekelasnya turut tersengih-sengih. Selepas beberapa ketika, dia bertanya, "Apakah perkara ketiga itu?"

"Anda boleh mendapatkan kebijaksanaan dari pengalaman. Pengalaman kerana tidak dapat memberi jawapan ketika sesi soal-jawab kerana agak tidak bersedia  telah mengajar saya kerendahan hati. Saya harap ia mengajar perkara yang sama kepada anda juga. "

Confucius telah berkata "Kita boleh belajar kebijaksanaan melalui tiga kaedah: Pertama, dengan membuat refleksi, sesuatu yang paling mulia; Kedua, dengan meniru apa yang orang lain lakukan , yang paling mudah; dan ketiga dengan pengalaman, yang paling pahit. "Ada cara lain untuk memperolehi  kebijaksanaan, tetapi saya rasa ketiga-tiganya adalah permulaan yang baik.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 25 Ogos 2018

Lihat juga -> Tiga cara peroleh bijaksana

AUGUST 21 — At the office, most of us are colleagues.

As stated in Merriam-Webster colleagues is or are associate or coworker typically in a profession or in a civil or ecclesiastical office and often of similar rank or state: a fellow worker or professional.whatyouthink-new-logo_200_200_100.jpg

The expected relationship which should be more of being ‘friends’ is far from the truth. Employees or co-workers are asset in any working institution or organization; any working plans or strategy will need the support of motivated and engaged employees to make it to reality.

I had worked in several places before and had experienced seeing colleagues going back late without been paid overtime; and no one said anything.

Sadly enough when the annual performance reviews were show, colleagues of mine were said to be incompetent because they were said unable to perform within time limit. And the administrators incurred extra lose for paying more bills.

The morale goes down and my colleagues become disengaged. Now most would come to work on time, finished what was given to them, decline extra errands and of course go back on the dot.

Administrators know that they should appreciate to the deserved members who perform willingly. If administrators treat people poorly, they won’t get the expected effort called for.

When a group of working colleagues refused to work extra or for the benefit of the institution, then your department is in ‘worrying state’.

They will definitely share their experience to others and you can be sure no one will put themselves or provide supporting hands at your place.

A survey conducted by Globoforce said ‘workers would work harder if their efforts were recognized and appreciated. Administrators must be sincere and truthful, show respect to the working staffs so that they respect you too.

It starts with treating everyone well and equally providing recognition. It is advisable not to take your ‘colleagues’ for granted and under estimate or undervalue them.

Most of the time you’ll be watched by them and you can be sure every small thing you do will be taken into account.

Please do acknowledge the efforts of   colleagues whether small or big. Make them feel valued.

Dale Carnegie once said, “People work for money but go the extra mile for praise, recognition and rewards’.

Most working staffs will see the place of work as good if fair appraisal dan appreciation is given. Caring administrators will enhance productivity.

Most working staffs know their job well enough as they are the one who is using the internal tools and systems every day.

They have all the answers on how to improve service and products. They also know how to improve and the solutions for better efficiencies.

Rewards, recognition, appreciation goes a long way to keep people engaged and productive.

The working staff is the branches of a tree that can make a work place grow. People need to be happy with what they are doing. Treat them well to get the best out of them. Value them and they will take care of the rest.

Azizi Ahmad Malaymail What You Think August 21, 2018

Tiga cara peroleh bijaksana

20 OGOS — Saya telah memberi kuliah kepada pelajar saya dalam Falsafah dalam Pendidikan sudah agak lama.

Saya sendiri tidak pasti sama ada pelajar menyukai atau tidak subjek ini kerana ia memerlukan pembacaan, kefahaman, keterbukaan dalam berfikir dan menentukan falsafah apakah yang perlu digunakan dalam kehidupan seharian.

Ketabahan dan kesabaran amat diperlukan dalam memberi dan menyumbang buah fikiran, kejujuran dan ketelusan dalam membicarakan dan menerima pandangan.

Pendapat pelajar juga harus diambil kira agar mereka tidak rasa akal pemikiran mereka tidak diperkecilkan mahu pun diri sendiri berasa terlebih tahu, apa lagi berhadapan depan dengan anak muda yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 19 tahun.

Satu pengalaman biasa apabila dalam sesi ‘soal-jawab’ adalah ‘saya bertanya, saya yang menjawab’, adakah itu keadaan biasa dimana-mana institusi pengajian?

Pada suatu hari, seorang pelajar muda yang sering mendiamkan diri sepanjang kuliah membangkitkan keberanian di kelas untuk bertanya satu soalan mudah:

“Bagaimanakah seseorang itu dikatakan memperolehi kebijaksanaan?”

Sudah pasti saya terkejut dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan dan cuba menjelaskan bahawa buat masa ini saya tidak dapat memberikan jawapan kepada soalannya, kerana sedang memberi tumpuan kepada etika dan falsafah politik, dan bukan epistemologi (ilmu pengetahuan).

Anak muda itu terus merenung saya dengan tajam, “Encik selalunya akan mampu menjawab semua soalan dan perbincangan dan kami sering terpinga dan terlopong dengan maklum balas yang diberikan, tetapi encik tidak boleh menjawab soalan mudah tentang bagaimana seseorang memperolehi kebijaksanaan?”

Seluruh kelas menjadi bising dengan gelak ketawa kerana ini merupakan seperti ‘hari ini dalam sejarah’.

Keesokan harinya, saya bertemu lagi dengan anak muda tersebut, “Maaf dari saya kerana tidak dapat menjawab soalan anda semalam adalah kerana saya tidak memberi masa untuk memikirkannya, jika tidak jawapannya adalah mudah: Anda mendapat kebijaksanaan melalui introspeksi  (proses penilaian diri (fikiran, idea, perasaan dengan mendalam)

Malah, inilah satu-satunya cara untuk mendapatkan kebijaksanaan.”

Anak muda tersebut tersenyum sinis,  ”Adakah encik pasti? Jika kita dapat memperolehi kebijaksanaan dengan berfikir sendiri, maka mengapa kami harus menghadiri dan mengambil kelas falsafah ini?”

Saya terdiam dengan kenyataan dan mengangguk, betul juga kata beliau.

“Terima kasih kerana memberi pandangan dan pelajaran penting: Anda juga boleh mendapatkan kebijaksanaan dari orang lain.”

Anak muda itu tersenyum bangga sambil berkata “Jika begitu, saya tahu jauh lebih daripada encik, biar saya pula yang mengambil kelas ini kerana tidak ada lagi yang dapat encik ajar kami.”

Saya kemudiannya bertanya, “Betulkah awak nak menggantikan saya untuk subjek ini? Saya baru saja hendak berkongsi perkara ketiga untuk memperolehi kebijaksanaan yang tidak disebutkan lagi. Tetapi saya rasa anda boleh memberitahu kami.”

Anak muda itu tertunduk seakan menyesali, “Saya tidak tahu...” Teman-teman sekelasnya turut tersengih-sengih. Selepas beberapa ketika, dia bertanya, “Apakah perkara ketiga itu?”

“Anda boleh mendapatkan kebijaksanaan dari pengalaman. Pengalaman kerana tidak dapat memberi jawapan ketika sesi soal-jawab kerana agak tidak bersedia telah mengajar saya kerendahan hati. Saya harap ia mengajar perkara yang sama kepada anda juga.”

Confucius telah berkata “Kita boleh belajar kebijaksanaan melalui tiga kaedah: Pertama, dengan membuat refleksi, sesuatu yang paling mulia; Kedua, dengan meniru apa yang orang lain lakukan, yang paling mudah; dan ketiga dengan pengalaman, yang paling pahit.”

Ada cara lain untuk memperolehi kebijaksanaan, tetapi saya rasa ketiga-tiganya adalah permulaan yang baik.


Azizi Ahmad The Malaymail Projek MMO Pendapat 20 Ogos 2018

Tidak profesional punca murung

KPI punca guru terbeban, Kerja banyak, bebanan peribadi penyebab guru murung adalah tajuk terkini bagi permasalahan guru.

Sudah bertahun-tahun lamanya isu ini disuarakan; pemimpin pendidikan termasuk Menteri pun sudah bertukar dan maklumbalas pun sudah tersedia diketahui iaitu ‘bersabarlah, pihak kami sedang berusaha …” sehinggalah kepada komen “kalau tak mampu, berhenti sahaja …”. azizi_um_forum_kpi_20082018 001.jpg

Mudahnya mereka memberi maklumbalas.

‘Ditugaskan dengan beban kerja yang banyak dan berlebihan’ merupakan rungutan dan komplen yang ‘utama’ dalam dunia profesional serba moden.

Namun, ia bukanlah merupakan punca tekanan dan kemurungan ditempat kerja tetapi di ‘layan dengan tidak adil dan saksama’ merupakan penyebab utama.

Sekumpulan penyelidik dari Aarhus Universiti, Denmark yang diketuai oleh Matias Brødsgaard Grynderup mendapati bahawa kajian menunjukkan ‘beban kerja tidak memberi kesan kepada tekanan dan kemurungan’.

Dapatan kajian menunjukkan kemurungan boleh menjadikan petunjuk kepada beban kerja kelihatan hebat dan tidak dapat disangkalkan.

Melalui tinjauan dan wawancara kepada hampir 3,000 kakitangan awam di Denmark, para penyelidik mendapati bahawa, bukannya tekanan yang tinggi yang menyebabkan kemurungan, mereka yang hormon stres kortisol bertahap rendah berada pada risiko yang lebih tinggi daripada kemurungan.

"Kemurungan hanya boleh membuat tugasan kerja kelihatan tidak dapat diatasi, walaupun kemurungan tidak disebabkan oleh beban kerja" kata Grynderup lagi.

Sesuatu yang kurang senang diketahui melalui kajian tersebut adalah lebih banyak beban kerja anda atau melepaskan tugasan yang berat kepada rakan sekerja tidak semestinya akan mengurangkan perasaan tidak bahagia.

Yang menyenangkan pula adalah kunci kepada tenaga kerja yang bahagia adalah persekitaran yang adil, di mana pekerja merasa bahawa mereka diperlakukan dengan adil dan dihormati.

Kenyataan ini adalah sesuatu yang hanya mampu dijawab oleh pihak pentadbiran dan pengurusan.

"Apabila para pekerja mendapati dan merasai keadilan ia akan menjadikan tempat kerja satu tempat yang bahagia dan meminimumkan risiko kemurungan, ini mungkin membantu membetulkan keadaan".

Grynderup mencadangkan gaya pengurusan di mana terdapat keinginan yang jelas untuk memperlakukan pekerja dengan baik-digabungkan dengan struktur organisasi yang telus.

Majikan boleh memberi kerja yang lebih tetapi lakukannya dengan cara yang hormat. Bukan beban kerja penyebab kemurungan tetapi mereka yang ‘tidak profesional’ dalam memberi arahan merupakan penyebabnya.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 20 Ogos 2018

Dalam senario dunia yang tidak menentu, kadar turun naik yang perlahan, suasana kerumitan terpancar, namun kita harus terpaksa terus cuba memperbaiki keadaan agar menjadi lebih baik.

Dalam dunia di mana proses pembelajaran mempunyai jangka hayat yang panjang, terdapat diantara kita yang sering dikatakan tahu segalanya; di mana yang paling lama adalah yang paling berpengetahuan, ia juga adalah tentang melakukan lebih banyak perkara yang sama dan tentunya lebih cekap menghadapi cabaran. Inilah dunia yang kita perlu uruskan bersama.

Dalam konteks ini Petunjuk Prestasi Utama (atau Key Performance Index) adalah memang benar membantu kerana kita boleh mengarahkan, mengesan halatuju, membuat peningkatan tambahan dan meningkatkan prestasi.

Anda boleh mengabaikan mereka yang 'hanya melakukannya' dari mereka yang 'berfikir dan melakukannya'. Anda hanya mahu mereka beroperasi dengan lebih cekap. Dan ini mudah untuk kita kerana inilah apa yang kita dididik untuk ... meramalkan dan menstabilkan keadaan.

Namun, jika kita sama-sama berfikir tentang perkara ini, keadaan sekarang bukan lagi seperti yang kita nampak. Kita sekarang bergerak dalam dunia yang begitu pantas, dimana perubahan pergerakan halaju adalah sangat menakjubkan.

Dalam pergerakkan dunia yang begitu pantas, kebolehsuaian adalah amat penting, pergantungan terhadap pencapaian statik Petunjuk Prestasi Utama memaparkan keadaan yang tidak benar, terutama mengenai hubungan kerjasama, kreativiti, responsif dan kebolehsuaian.

Realitinya banyak organisasi yang menjadi terlebih mengurus dan tidak terkawal, yang membawa kepada prestasi yang lemah.

Malangnya dalam era Zaman Digital hari ini, kita melihat pemimpin meletakkan dan menjalankan kepimpinan aliran  ‘dari atas ke bawah’ bagi mengukuh kedudukan hierarki mereka.

Barisan kepimpinan meletakkan diri mereka sebagai pakar teknikal, menguasai sebahagian daripada jabatan dan menyumbang melalui pengalaman dan kepakaran bidang khusus mereka.

Barisan kepemimpinan memperoleh kuasa melalui kedudukan hierarki, secara lantikan yang berasaskan kronisme dan menonjolkan peranan mereka dalam kumpulan itu.

Mereka mengayakan pengurusan yang dibangunkan selama bertahun-tahun untuk memenuhi peranan dan bagaimana ia mesti sentiasa dilakukan.

Mereka melindungi dan mengawal ‘kawasan’ mereka, menguasai peranan politik pejabat dan memperjuangkan sesuatu yang baik dari perspektif yang terhad ... iaitu mereka menghadiri mesyuarat yang mereka sendiri rancang, menetapkan sasaran yang mereka tahu mereka boleh capai dan membuat keputusan berdasarkan Prestasi Petunjuk Utama  mereka  sendiri.

Mereka mengurus dengan cara mereka sendiri, mengelakkan risiko, mempunyai "misi, visi, nilai dan objektif" yang jelas dan stabil. Mereka menyusun dan mengatur perancangan sendiri dan menghasilkan kad pelaporan yang baik dengan ratusan Petunjuk Prestasi Utama ciptaan mereka sendiri.

Mereka akan memastikan mereka mengawal situasi dan akan memantau orang lain dengan sistem penilaian ciptaan mereka  untuk memastikan kita melakukan apa yang mereka mahu mereka lakukan. Mereka akan menjalankan mesyuarat pengurusan yang membosankan, yang pada kenyataannya adalah merupakan puluhan atau ratusan mesyuarat bersama yang tidak memberikan nilai atau hasil yang positif.

Persoalannya, adakah perlu kita berbuat demikian dalam era Zaman Digital hari ini?

Dalam dunia turun naik, ketidakpastian, kerumitan tinggi dan kekaburan yang berubah dengan cepat dan berkekalan, anda memerlukan ‘pasukan’ untuk berfikir.

Di dunia di mana pembelajaran mempunyai jangka hayat yang pendek, di mana tiada siapa yang boleh mengaku beliau tahu segalanya, di mana nilai inovasi dan perbezaan adalah tumpuan utama, anda tidak boleh bergantung untuk mengurus sahaja. Anda perlu berfikir, mengurus dan memimpin.

Kita adalah sebahagian daripada rangkaian di mana kekananan (seniority) adalah tidak berkaitan dengan pengaruh yang anda miliki. Anda menyumbang dengan mempengaruhi, membujuk dan berunding bersama dengan tetapan kumpulan. Anda tidak boleh berjaya tanpa kerjasama dengan kumpulan lain di dalam dan di luar organisasi anda. Anda adalah sebahagian daripada pasukan maya yang lebih besar di mana anda tidak mempunyai kawalan hierarki, anda perlu membangunkan beberapa gaya kepimpinan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza dan tidak stabil.

Kita perlu mencapai keputusan dengan segera DAN membina kelestarian untuk masa depan. Anda perlu berani, mengambil risiko yang telah anggarkan, merebut peluang, mempunyai strategi yang berkembang yang mengilhami tindakan ke arah yang betul. Anda perlu memimpin dari depan bukan dari bahagian atas. Anda perlu selesa dengan memimpin tanpa mengetahui jawapannya.

Anda perlu memudahkan perkara, melakukan perubahan dengan cepat, mengetuai projek utama, mengenal pasti, melibatkan dan menguruskan pihak berkepentingan. Anda perlu belajar, menyesuaikan diri dan bertindak pantas secara berulang kali.

Anda perlu memberi tumpuan kepada kecekapan DAN keberkesanannya. Kita memerlukan ‘bot laju dan tangkas’ bukannya kapal tangki minyak yang bergerak perlahan! Peranan Petunjuk Prestasi Utama yang tegar telah hilang. Kita memerlukan Revolusi Kepimpinan!

Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 20 Ogos 2018

Graduan diluluskan gagal menyerlah

‘Meluluskan’ pelajar yang gagal atau tidak mencapai tahap yang ditetapkan berlaku dalam institusi pengajian tinggi di negara ini demi menjaga nama baik universiti.

Perkara itu bukan sahaja boleh menjatuhkan imej institusi berkenaan, malah graduan yang dihasilkan oleh universiti terbabit tidak berkualiti hingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang menganggur selepas bergraduat.

Tahun lalu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan 54,103 daripada 238,187 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian masing-masing pada 2016.

Antara faktor graduan terbabit menganggur selepas menamatkan pengajian, disebabkan graduan yang dihasilkan tidak berkualiti atau menepati kehendak industri termasuk tiada kemahiran yang diperlukan majikan.

Justeru, pelajar yang dikatakan ‘lulus’ sepanjang pengajian mereka, namun hakikatnya mereka gagal dalam pentaksiran berpusat dan realiti kehidupan.

Tindakan menukar atau mengubah gred pencapaian pelajar agar mereka ‘lulus’ akan menukar senario pendidikan tinggi negara ini secara keseluruhan.

Mengubah atau ‘menipu’ gred pencapaian pelajar tidak akan dapat mencorakkan atau menyelesaikan permasalahan sistem pendidikan negara.

Sejauh mana dakwaan ini, Tokoh Pendidikan Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar tidak menolak perkara itu kerana ada berlaku dalam institusi pengajian tinggi iaitu ‘meluluskan’ pelajar yang gagal.


Berita Harian Pendidikan V29 16 Ogos 2018

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Syndicate

RSS Atom
Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow