Tags: hipokrit

Mengenali manusia ‘beribu wajah’

SEBENARNYA mereka yang hipokrit merupakan makhluk yang sangat menarik.

Seorang kenalan menolak permintaan anda untuk mendapatkan sumbangan amal apabila diminta tetapi kemudiannya memberi ceramah kepada sesiapa sahaja yang akan mendengar tentang kepentingan membuat sumbangan.

Salah seorang ahli keluarga anda memaklumkan dia terlalu sibuk untuk membantu dengan aktiviti perhimpunan keluarga, tetapi mempunyai masa untuk ke majlis lain dan berkongsi menyiarkan foto-fotonya di Facebook.

Kitaran berita 24 jam, dan liputan media yang langsung juga menampilkan hipokrasi dalam jumlah yang banyak.

Seorang ahli politik mendakwa kuat beragama tetapi kemudian ditangkap dalam skandal seksual.

Selebriti yang berusia dengan lantang menyuarakan isu penuaan tetapi berita penyiaran di media sosial beliau menarik perhatian kepada usaha yang telah mereka lakukan untuk wajah mereka.

Ia menjadi sesuatu yang ‘tidak serupa bikin atau cakap’ mengenai kehidupan orang yang terkenal mematuhi kepercayaan yang sebenar.

Topik psikologi sosial seperti penipuan, disonansi kognitif (mengenai konflik sikap dan tingkah laku), persepsi orang, dan kualiti hubungan semuanya adalah berkaitan dengan hipokrasi.

Profesor Jesse Graham dan rakan-rakannya dari University of Southern California (2015), menyatakan bahawa “seluruh bidang psikologi sosial kini boleh dipanggil sebagai sains hipokrasi moral ” (ms 158).

Analisis tumpuan Graham et al. adalah hipokrasi moral. Sama ada secara sedar atau tidak, manusia sebenarnya menipu dan mendakwa mematuhi satu set prinsip, tetapi tidak bertindak (atau semestinya berfikir) dengan cara yang selaras dengan prinsip tersebut.

Mereka memanggil hipokrasi moral sebagai “Pembinaan beribu wajah” – dalam kata-kata lain, ia datang dalam pelbagai bentuk. Definisi mereka, tepatnya, adalah untuk merungkai akan piawaian moral anda sendiri, sama ada anda menyatakan secara terbuka atau tidak.

Hasil penyelidikan pasukan penyelidik USC ini percaya bahawa moral boleh dibahagikan ke dalam tiga kategori – moral kependuaan; moral dwistandard; dan kelemahan moral.

Moral kependuaan adalah apa yang anda fikirkan apabila anda menentukan hipokrasi. Ia adalah apabila anda memalsukan motif tuntutan yang kononnya diabaikan, tetapi sebenarnya tidak.

Sebagai contoh, rakan sekerja boleh menandatangani satu kenyataan yang membuktikan bahawa dia tidak mempunyai konflik kepentingan luar dengan institusi anda, tetapi anda tahu tentang hakikat yang dia lakukan.

Sudah tentu, sekarang anda menghadapi masalah moral anda sendiri, sama ada untuk menjadi setia kepada rakan anda atau menjadi pemberi maklumat untuk institusi anda.

Dalam moral dwistandard pula, sesorang itu bersikap lebih adil dengan perbuatan tidak bermoral sendiri berbanding orang lain.

Anda mungkin menjadi marah pada pemandu yang tidak berhenti ketika anda sedang melintas jalan.

Walau bagaimanapun, apabila anda melintasi lintasan jalan kaki dalam keadaan terburu-buru, anda tidak berasa bersalah dengan tingkah laku anda kerana anda dalam keadaan terburu-buru.

Dalam kelemahan moral, tingkah laku manusia bertentangan dengan sikap mereka, yang merupakan bentuk dasar penyatuan kognitif.

Sebagai contoh, individu menandatangani petisyen yang bersetuju dengan kepentingan mempromosikan seks selamat tetapi kemudian gagal menggunakan kondom.

Atau anda boleh menyokong kedudukan semua orang harus mengundi, tetapi pada hari pengundian, anda sendiri yang tidak hadir.

Untuk menyiasat fenomena hipokrasi moral secara khusus, Graham dan rakan-rakannya bertanya tiga soalan mudah dalam talian keatas sekumpulan sampel besar pengguna Mekanikal Turk (orang yang menerima bayaran untuk mengambil bahagian dalam kajian dalam talian).

Pada dasarnya, para penyelidik ingin tahu apakah nilai-nilai penting kebanyakan orang; apakah tindakan yang mereka ambil sama ada konsisten atau tidak konsisten dengan nilai-nilai tersebut; dan apa tindakan yang mereka lakukan baru-baru ini yang membuat mereka merasa bersalah.

Majoriti dalam kajian ini menyatakan bahawa kejujuran, mengambil berat , keadilan, dan kesetiaan sebagai nilai mereka yang paling penting.

Mereka kemungkinan besar akan melanggar nilai kejujuran dan kesetiaan; mereka-mereka berbohong kepada rakan-rakan dan orang tersayang dan berasa paling kesal mengenai kegagalan kedua-dua jenis moral ini.

Graham dan rakan-rakan penyelidiknya mencatatkan bahawa, walaupun penyelidikan mengenai moral (seperti dilema moral) cenderung memberi tumpuan kepada konsep abstrak, kebanyakan orang bergelut dengan isu itu secara lebih mendalam, seperti sama ada untuk berbohong kepada ahli keluarga.

Oleh itu, moral menjadi isu interpersonal, bukan satu-satunya yang abstrak dan berbentuk falsafah.

Jadi kita tahu nilai moral manakah yang cenderung tidak dipatuhi, walaupun ia membuat mereka merasa bersalah.

Penyelidikan dari USC merumuskan kepada lima kata kunci:

1. Orang yang menghargai moral dan menjadikannya sebahagian daripada identiti mereka adalah kurang hipokrit atau munafik.
2. Orang hipokrit/munafik mungkin mendapat motivasi dari keinginan untuk kelihatan baik, lebih daripada keinginan dalaman untuk memenuhi matlamat peribadi.
3. Mereka yang ‘dogmatik’ kurang cenderung menjadi orang hipokrit/munafik daripada orang-orang yang lebih kreatif pemikiran kerana “pemikir kreatif boleh menggunakan kreativiti mereka untuk mewujudkan alasan untuk melayan diri berperilaku tidak bermoral” (ms 165).
4. Narsisis, sama ada secara semula jadi atau dari hasil kemasyhuran, berasa berhak dengan lebih tinggi dan oleh itu lebih cenderung untuk mengelak dari kegagalan.
5. Mereka yang sering menyaksikan perbuatan baik (“keindahan moral”) akan merasakan keinginan yang lebih kuat untuk bertindak secara moral. Bagi yang lain, semua taruhan tidak aktif.

Berada bersama mereka yang hipokrit/munafik pastinya tidak selesa. Seperti yang di tunjukkan dalam penyelidikan Graham et al., anda mungkin tidak dapat mengubahnya. Tetapi dengan mengawasi kecenderungan anda sendiri secara moral, anda sekurang-kurangnya boleh memaksimumkan keupayaan anda untuk memenuhi nilai anda.

Azizi Ahmad Bebas News Columnists 14 Januari 2020

Benarkah pemimpin kita hipokrit?

Sejak Malaysia diambil alih oleh pemerintahan terkini, banyak persembahan drama teater dapat kita saksikan.

Jika sebelum ini drama harian adalah berbentuk ‘kuasa’ terkini pulak berbentuk ‘teater jenaka dan maharaja lawak’.

Pernah juga beberapa komen dalam media hiburan yang menyentuh mengenai kegemaran dan kegilaan orang kita terhadap ‘maharaja lawak’, jika terlalu banyak melawak dan bergurau maka pemikiran kita juga ‘terlawak’ jadinya; dan jelas ianya sudah berjangkit kepada pemimpin pilihan rakyat yang kini banyak mempersembahkan ‘lawak tidak cerdik’.

Dalam sesebuah negara, pastinya banyak kemunafikan atau hipokrasi di yang terserlah terutamanya dalam politik dan kehidupan seharian.

Tahap keburukkannya boleh dilihat di media setiap hari; perlukah seseorang ahli politik berlaku tidak baik dan tidak sihat untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan atau sememangnya ramai dikalangan ahli politik dan pemimpin sememangnya ‘bermasalah mental’?

Perkataan 'hipokrasi atau munafik' dikatakan berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud "memainkan peranan atau pelakonan teater".

Oleh itu, kita mungkin boleh menyimpul bahawa :

Seorang hipokrit atau munafik adalah seseorang yang berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri beliau.

Seseorang itu terkenal kerana peranan beliau memimpin NGO hal ehwal keselamatan, memerangi anasir subversif termasuk pengganas; terlibat dengan rundingan damai dan sebagainya.

Banyak jasa bakti beliau jika dilihat; tetapi dalam masa yang sama beliau terlibat dengan perjanjian tidak rasmi kemasukan warga asing antara negara.

Dia seolah-olah bersih dan hebat seperti tidak ada kena mengena langsung dengan sebarang transaksi; jadi adakah anda akan tetap memanggil beliau sebagai seorang wira yang hipokrit/munafik?

Ia bergantung kepada apa motif beliau, sama ada dia patut berpura-pura berlakon sebagai jaguh atau tidak.

Kita tentu menganggap bahawa dia tidak langsung tidak dalam urusan ini, jadi dia bukan munafik.

Seseorang hipokrit/munafik adalah orang yang berpura-pura menjadi seseorang yang bukan dirinya, dan tahu dia tidak, tetapi berfikir beliau harus berlakon atau berpura menjadi seseorang.

Sekarang bayangkan watak lain, seseorang yang ditugaskan menjaga kebajikan; tetapi beliau agak jahil dalam urusan kebajikan dan bermotif ‘aku buat kerja sahaja’ dan tidak sebenar membantu mereka yang memerlukan dan tidak peduli sangat terhadap mereka yang memerlukan..

Lebih-lebih lagi, beliau tidak fikir beliau harus peduli terhadap orang yang memerlukan; ini adalah kerana beliau berfikir bahawa sifat seperti ini lemah dan tidak layak.

Beliau menerima tugas dan tanggungjawab semata-mata kerana beliau fikir akan mendapat peluang untuk mendapat habuan yang lebih banyak dari yang tersedia sekarang.

Beliau tidak percaya pada nilai-nilai murni yang sepatutnya beliau punyai sendiri, dalam hal ini memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sekiranya kita fikir ini orang hipokrit/munafik, kita memerlukan definisi baru.

Yang sesuai untuk orang jenis ini adalah ‘durjana’.

Seorang durjana dan hipokrit/munafik kedua-duanya bertindak atas motif buruk, sambil berpura-pura mempunyai motif yang baik.

Tetapi si durjana tidak menyedari bahawa motif kepura-puraan beliau adalah lebih baik daripada yang sebenarnya dia ada.

Jadi adakah hipkorasi/munafik seakan sama dengan ciri tidak baik dan sejauh manakah tahap tidak baik tersebut?

Dalam keadaan tertentu, mungkinkah bersikap hipokrit adalah betul dilaksanakan terutama dalam kepimpinan dan politik?

Pertimbangkan dua pemimpin politik yang berpura-pura mengambil berat tentang nasib golongan yang memerlukan untuk memenangi undi.

Salah seorang daripada mereka menganggap adalah bodoh dan tidak bermoral untuk mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan.

Mengikut kefahaman, pemimpin politik tersebut adalah seorang tidak jujur, penipu dan durjana tetapi beliau tidak hipokrit.

Pemimpin seorang lagi pulak turut tidak ambil kisah tentang golongan yang memerlukan namun katakanlah bahawa beliau fikir beliau akan menjadi lebih baik jika beliau berlakon mengambil berat.

Maka beliau adalah seorang hipokrit/munafik. Tetapi saya lebih suka pemimpin yang sebelumnya, sekurang-kurangnya beliau mungkin berperasaan baik selepas kepura-puraan beliau meresap dalam jiwa dan nurani beliau.

Mungkin ada yang berpendapat tidak tepat untuk orang kedua dipanggil ‘hipokrit/munafik’.

Ia kelihatan seperti beliau hanya tidak kuat semangat kehendak. Beliau mungkin berfikir dia sepatutnya peduli terhadap nasib orang yang memerlukan, dan dia juga ada berjuang sedikit sebanyak terhadap mereka , tetapi dia terlalu lemah atau mementingkan diri untuk melakukan apa-apa yang lebih.

Tetapi inilah perbezaan penting, usaha perkhidmatan beliau kepada yang memerlukan adalah apa yang membuatnya hipokrit/munafik.

Jika usaha beliau hanya sekadar, beliau boleh berbuat lebih banyak usaha untuk membantu golongan yang memerlukan daripada yang sebenarnya.

Tetapi sebaliknya, dia berpura-pura melakukan sesuatu mengenainya, walhal dia sebenarnya tidak tahu apa pun.

Oleh itu, dia seorang hipokrit/munafik, dan seperti orang hipokrit/munafik yang lain, mereka adalah yang lemah dalam usaha mereka.

Adakah kepura-puraan atau ‘berlakon teater’ sesuatu yang baik bagi pemimpin dan ahli politik?

Mungkin kita harus bersetuju bahawa menjadi hipokrit/munafik adalah lebih baik daripada menjadi durjana dan pendusta.

Pastinya, ia bukanlah sesuatu yang harus dipuji. Tetapi apakah ada cara untuk mengelakkannya dalam dunia pemimpinan dan politik?

Kejayaan dalam politik memerlukan lebih banyak undi daripada pihak lawan. Namun seorang hipokrit munafik selalu mempunyai kelebihan dalam usaha ini.

Azizi Ahmad Bebas News Columnists 30 November 2019

Samada sedar atau tidak, ramai bermoral rendah iaitu ’hipokrit’

Samada sedar atau tidak, ramai bermoral rendah iaitu ’hipokrit’

Kita hendaklah berhati-hati dengan mereka yang cepat dan paling kuat dalam mengutuk dan merendahkan moral orang lain terutama kepada mereka yang gagal melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang dimanahkan.

Kemungkinan besar dan acapkalinya mereka yang beriya dalam memperkatakan mengenai moral adalah lebih teruk sikap mereka, tetapi sering mengabaikan perlakuan mereka dan sering mengambil ringan dan melanggar tatacara mereka sendiri.

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa mereka yang menilai tingkah laku orang lain adalah lebih mementingkan diri sendiri dan sering tidak berlaku adil terhadap orang lain.

Begitu juga, terdapat fenomena yang dipelajari sekian lama yang dikenali sebagai asimetri pengamat pelakon, yang sebahagiannya menggambarkan kecenderungan kita untuk menceritakan perbuatan buruk orang lain, seperti ketidaksetiaan pasangan kita, watak mereka, sambil terlupa dan mengaitkan amalan yang sama yang dilakukan oleh diri kita sendiri dalam situasi yang sama.

Perlakuan dwistandard ini juga boleh menjelaskan perasaan umum bahawa kadar kejengkilan atau ketidaksopanan adalah meningkat, dimana penyelidikan menunjukkan bahawa kita menganggap tindakan biadap  yang dilakukan oleh orang asing adalah lebih teruk daripada yang dilakukan kawan-kawan atau diri kita sendiri

Kita sebenarnya adalah ‘raksaksa atau ketua jin’ yang berpotensi atau tanpa disedari. Sesiapa sahaja yang telah mendapati diri mereka terlibat di media sosial akan mendapati, kemungkinan beberapa aspek yang paling buruk dari segi sifat manusia akan diperbesarkan, sebahagiannya disebabkan dengan niat untuk tujuan kesan penghapusan secara atas talian, dan hakikat bahawa kebolehan penggunaan ‘anonymous’ diketahui akan  meningkatkan kecenderungan kita untuk tidak bermoral.

Walaupun kajian telah memaklumkan bahawa mereka yang terdedah kepada sadisme (orang yang suka menyakiti atau menganggu orang lain  untuk mendapat keseronokan atau kepuasan) setiap hari (sebahagian besarnya membimbangkan kita) terutamanya adalah cenderung untuk menjadi ‘raksaksa atau ketua jin’ diatas talian.

Satu kajian yang diterbitkan tahun lepas mendedahkan bagaimana dalam keadaan mood (atau angin) yang tidak baik atau buruk, dan terdedah kepada gangguan orang lain; kemungkinan besar mereka yang terlibat untuk ‘menggangu’ orang lain adalah  dua kali ganda lebih besar.

Sebenarnya, ‘gangguan’ awal oleh beberapa orang boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin negatif dan meningkat dari masa ke masa .

Pihak atasan sering mengutamakan pemimpin yang tidak berkesan dan bersifat psikopat. Ahli Psikologi Personaliti Amerika,  Dan McAdams menyimpulkan bahawa kenyataan gangguan dan penghinaan oleh Presiden Donald Trump bersifat "rayuan haiwan atau primal," dan bahawa "tweet pembakar" nya adalah seperti "memaparkan paparan" chimpanzee janta alfa, "direka untuk menakut-nakutkan."

Jika anggapan penilaian McAdams adalah benar, ia adalah bersesuaian dengan corak yang penemuan yang lebih luas  bahawasanya sifat psikopatikal adalah lebih biasa daripada purata di kalangan pemimpin.

Dapatan kaji selidik terhadap ahli pemimpin kewangan di New York juga mendapati mereka mempunyai nilai sifat psikopat yang lebih tinggi dan nilai purata kecerdasan emosi yang lebih rendah.

Analisis meta yang diterbitkan baru-baru ini menyimpulkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana tetapi signifikan antara sifat psikopati  yang lebih tinggi dan memperolehi kedudukan kepimpinan. Ini adalah penting kerana psikopati juga berkaitan dengan kualiti kepimpinan yang rendah.

Kita juga lebih tertarik secara seksual terhadap mereka yang mempunyai sifat personaliti yang gelap.

Bukan sahaja kita memilih mereka yang bersifat psikopat untuk menjadi pemimpin kita, bahkan bukti menunjukkan bahawa lelaki dan wanita secara seksual tertarik, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, kepada orang yang memperlihatkan "sifat ciri gelap" sifat-sifat narsisisme, psikopati, dan Machiavellianism-dengan demikian mempertingkatkan lagi sifat-sifat ini.

Satu kajian mendapati bahawa daya tarikan fizikal lelaki kepada wanita meningkat apabila dia digambarkan sebagai mementingkan diri sendiri, manipulatif dan tidak sensitif.

Satu teori ada menyatakan bahawa sifat gelap berjaya meningkatkan daya berkomunikasi 'kualiti pasangan' dari segi keyakinan dan kesanggupan mengambil risiko. Adakah perkara ini penting untuk masa depan keturunans kita?

Satu kajian dalam tahun 2016, mendapati bahawa wanita lebih tertarik pada wajah lelaki narsisistik, cenderung mempunyai lebih banyak anak.

Mungkin juga kita tidak perlu serius dalam hal ini, penemuan ini tidak mengatakan apa-apa kejayaan yang kita ada dalam mengatasi naluri asasl kita.

Malah, boleh dikatakan dengan mengakui dan memahami kelemahan kita, tentunya  kita mampu dapat lebih berjaya mengalahkan mereka, dan dengan demikian memupuk kebaikan yang lebih baik dari sifat kita.

Azizi Ahmad (Kheru Khek) Malaysia Dateline Rencana 13 Disember 2018

Tidak perlu menunjuk

Dalam kebanyakan profesion, jika anda berada di pejabat selepas waktu bekerja yang ditetapkan, anda akan menarik perhatian pihak atasan. Tetapi bukankah dalam etika pengurusan anda mempunyai masalah bekerja dengan maksud tidak kompeten kerana tidak berjaya menyelesaikan kerja  dengan berkesan.


Dengan anda yang sedia  mengangguk dan bersetuju dengan apa yang diminta oleh pihak atasan anda, walaupun tidak ada objektif atau sasaran dari program yang dibincangkan atau mengatakan 'ya' kepada segala sesuatu pasti akan menjadi anda seorang yang cuba ‘menarik perhatian’.



Tetapi jika program tersebut gagal dan tidak memenuhi jangkaan dan anda diancam dengan 'jangan salahkan saya kerana memberi anda penilaian prestasi yang rendah' maka anda tahu bahawa pihak atasan anda tidak 'menarik perhatian atau berpuas hati' dengan anda.

Namun anda hendaklah  bertindak bijak, jika anda benar-benar bercita-cita tinggi dan anda mempunyai etika kerja yang baik dan benar-benar baik dengan tugas anda, ia mungkin tidak penting.


Apa yang penting sekarang ialah mengapa anda perlu bersetuju dengan segala-galanya? Apa yang penting ialah jika anda sendiri tidak mampu berbuat sesuatu atau tidak cekap kenapa anda perlu cuba menunjuk-nunjuk kepadanya?


Mereka yang cuba ‘menarik perhatian dan bermuka-muka’ sebenarnya membodoh sendiri. Kebanyakan 'penarik perhatian' sebenarnya orang yang berpengetahuan dan dikatakan memegang kedudukan dan berkelulusan tinggi. Kenapa menipu diri sendiri dan takut apabila anda dan pihak atasan anda memiliki kedudukan dan gred yang sama?


Sekiranya anda ingin dipuji kerana kononnya  baik, patuh atau setia akan  'terhadap arahan atau perintah berikut' maka anda harus mempertimbangkan untuk membaca dan memahami lebih banyak mengenai  peraturan dan etika kerja?


Bagi penjawat awam Malaysia, fahami dan dapatkan intipati 'Saya yang menjalankan amanah'. Kakitangan Perkhidmatan Awam harus berkhidmat tetapi bukan  secara membuta tuli. Malah PM sendiri menyarankan , "dia tidak akan bertolak ansur dengan rasuah", dalam hal ini sekiranya seorang pegawai atasan mengungkapkan seperti ugutan 'jika saya memberikan penilaian prestasi yang rendah' , maka ia adalah merupakan ancaman dianggap korupsi (penyalahgunaan kuasa).


Kes yang paling teruk tetapi biasa di dalam perkhidmatan adalah mempunyai seorang ‘grandiose’ atau  narsisis,  atau sociopath / psychopath sebagai pegawai atasan anda.


Pegawai atasan sebegini merupakan mereka yang kecewa dan keliru  dengan kedudukan mereka dan terlupa siapa mereka sebenarnya.


Mempunyai seorang atasan yang tidak cekap dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tentu saja tidak akan membuat sesuatu menjadi lebih baik.


Selain itu, tiada tindakan yang diambil ke atas mereka akan dan ini membuatkan mereka menjadi ‘ghairah’ untuk menggunakan kuasa mereka, dan itulah sebabnya kerajaan bercadang untuk membenarkan orang bawahan menilai prestasi pihak atasan; supaya kebenaran itu dapat dilihat.


Mangsa  juga patut dipersalahkan, walaupun kebanyakan dikatakan berpendidikan tetapi mereka sebenarnya 'tidak berpendidikan'.


Saya sering  berkongsi pandangan saya dengan rakan-rakan terutama berhadapan manupulasi oleh pegawai 'atasan' tetapi ramai yang akan berkata 'tidak mengapalah, biarkanlah sahaja' dan biarkan Allah yang menentukan.


Oleh itu, jika anda memberi pandangan dan pendapat setelah diminta rakan sekerja dan rakan sekerja  tidak mahu bertindak atas nasihat yang diberikan, lebih baik jangan diajak berbincang. Elok saja tanggung sendiri tekanan dan simpan sahaja  kemurungan itu kepada diri sendiri.



Saya sering  memberitahu rakan sekerja saya untuk meluahkan perasaan secara terus dan berhadapan  kerana pegawai atasan juga sebenarnya takut jika kita adalah benar.


Mereka tidak akan menjadi menjadikan kita mangsa sewenang-wenangnya jika kita berani, kuat dan tabah. Hadapi mereka dengan cara positif, mereka juga akan positif; Sekiranya anda berada di jalan yang betul, Allah akan menolong anda, in syaa Allah. Ikut dan patuhi etika dan prosedur kerja yang disediakan.


Namun ramai yang ‘hipokrit’ (munafik); mengecam dan mengutuk 'pelaku' kerana mereka tahu bahawa pelaku tidak tahu apa yang dikatakan di belakang. Ia bukanlah cara yang  profesional; dan sekiranya  anda mengganggap sebagai 'profesional' maka anda sebenarnya tidak profesional.


'Pelaku' sendiri sebenarnya merupakan mangsa kepada pelaku yang 'lebih besar dan berkuasa’, dan nampaknya mereka merupakan dari kumpulan bulu yang sama. Dan itulah yang menyebabkan semua ini berlaku.


Oleh itu, janganlah buat perkara yang buruk atau tidak baik; mari kita bekerjasama dan bekerja  dalam cara yang bahagia, harmoni, penyayang, dan menghormati. Mari bersama berbuat sesuatu untuk kebaikan semua. Marilah kita bergerak maju untuk yang terbaik.

Azizi Ahmad (Bakor Lambok) Utusan Malaysia Forum 17 Oktober 2018


Be yourself and give your best

The moans, the drawn-out murmurs, the paper rearranging and the steady pessimism. Those are the characteristics of work environment protest and we all know at least one.

If there is a one thing each one of us dislike, than that is definitely fake peoples. The problem is that they are everywhere and sometimes we fail to recognize them or realise too late.

What makes it difficult to spot pretenders is that they are people working with us. They secretly envy us and are only pretending to be someone, which they are not.

People act fake due to number of reasons like jealously, peer pressure, social pressure, hypocrisy, etc.

There is very fine line that differentiates being actually a nice person and a fake person acting nice. Only time and experience will help you to differentiate between them. Fake people can be at times more dangerous than your enemy.

Many employees fake being over-worked. And it is easy to spot the slackers. Individuals who continually discuss how busy they are and complain about their part in truth suck vitality from their partners and add almost no to the work environment.

Employee who constantly complains about their workload is often "pretending" to work, either because they are blatantly rotting the system or are unmotivated and exhausted.

Not everyone fakes being overworked for the honors. Fake people have an image to maintain. Real people just don’t give a shit.

Be Original. Be you, don’t pretend anything what you are not. When you are completely yourself you will only attract people who actually like you and life will be easy and great.

There is not even need to be perfect. Just be you and give your best at anything you do.

It’s better to just stop thinking about false people, rather than wasting our energy and time making a judgment about them.

One of the biggest flaws of people is pretending to be blind to their own mistakes, but do not pretend deaf towards the mistakes of others.

We are first to find fault in others, but for our own faults we turn out to be the best advocates to defend ourselves. We always have a justification for our actions are never guilty. So before having opinions about others make sure you are true to yourself first.

Keep things simple. First, never let go real people and also do stand with them whenever they need. Secondly, cut off fake people and even stop thinking about them, let karma do its work.

Remember to trust only people few people. You never know what’s going in someone mind or what are they hiding. Someday it may all come out, hurting you badly.

nst_IMG-20161215-WA0003.jpgAzizi Ahmad NST Opinion You Write 14 February 2017

Original Beware of pretenders and fakers
 

Penyakit tunjuk pandai di alam maya

SEKARANG ini, hendak jadi popular atau mahu dikenali ramai bukannya susah sangat. Tidak perlu jadi seorang artis, bersusah payah bertunggu-bertangga masuk sesi uji bakat untuk layak ke Akademi Fantasia (AF), tidak perlu juga jadi seorang ahli sukan, pemain bola sepak atau ahli politik yang suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversi.

Cukup dengan membuka akaun di laman sosial seperti Facebook, menulis dengan ilmu yang ada atau tahu, atau tidak kurang juga merapu meraban dengan jenaka sarcastic pun boleh menjadikan sesiapa saja popular apabila karya-karya atau status-status mereka dikongsi oleh orang ramai.

Walaupun sebenarnya orang itu biasa-biasa sahaja, bukan seorang ulama, bukan seorang selebriti, bukan seorang pelawak atau bukan tukang masak yang mahir, dia boleh saja jadi terkenal apabila apa yang dia tulis, gambar atau statusnya menjadi viral dalam laman-laman sosial.

Dek kerana kegilaan orang ramai berkongsi status atau karya inilah, membuatkan pemilik-pemilik akaun media sosial ini menjadi lebih bersemangat untuk menulis atau mengemaskini status. Apatah lagi perkara yang disentuh itu membabitkan isu-isu terkini yang orang semua ingin tahu dan tidak senang duduk untuk mengeluarkan pendapat mereka mengenainya.

Kalau yang ditulis itu memberi manfaat kepada orang lain dan memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu isu itu, ini tidak mengapa, malah amat baik untuk dikongsi. Tidak kisahlah, sekiranya ia ditulis dalam apa gaya penulisan pun termasuk jenaka yang bersahaja, asalkan orang ramai faham dan dapat membaca mesej yang ingin disampaikan, itu sudah cukup.

Ini sebenarnya adalah lebih baik, daripada penulisan yang serius dan ilmiah kononnya tetapi bersandarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih, mendengar daripada cakap-cakap orang, melalui pemerhatian rambang atau cut and paste daripada artikel-artikel orang lain.

Dan yang lebih teruk, ada juga, yang mengambil hasil tulisan orang lain, kemudian letak dalam statusnya tanpa kredit nama penulis asal dengan harapan agar orang ramai akan memuji-muji kebijaksanaan dirinya dalam mengupas sesuatu isu. Ini banyak berlaku.

Sebenarnya, sesuatu yang perlu kita akui dan tidak boleh menafikan bahawa sikap menunjuk pandai memang ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Bukan sahaja menunjuk pandai di tempat kerja, di rumah tetapi juga di alam maya.

Tidak kiralah apabila ada saja isu yang dibangkitkan atau berlaku apa sahaja insiden besar dalam negara atau luar negara, ramai yang tidak sabar-sabar mahu melontarkan pendapat masing-masing melalui penulisan yang sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh hal-hal peribadi dan emosi, bukan berdasarkan fakta dan ilmu.

Apa yang pasti, apa yang ditulis boleh sahaja mempengaruhi orang lain. Kepada yang menjadikan media sosial sebagai satu-satunya saluran untuk mendapatkan maklumat dan berita, mereka akan percaya dan mencedok habis-habis apa yang dibaca. Tulisan itu boleh juga mengubah persepsi mereka terhadap mana-mana pihak, sedangkan ada yang menulis berdasarkan apa yang dia mahukan, tidak menggambarkan perkara yang sebenar atau dia sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang ditulisnya. Sekadar mahu menunjuk yang dia tahu segala-galanya atau sebenarnya gilakan perhatian.

Adakalanya pendapat kita hanya sesuai untuk diri sendiri atau dikongsi dengan orang terdekat, bukan dengan semua orang kerana ia boleh mencetuskan keresahan dan kemarahan orang ramai.

Maka, tulislah perkara-perkara yang kita sendiri tahu, mahir dan ada ilmu mengenainya. Jangan hanya mahu tunjuk pandai atas perkara-perkara yang diri sendiri tidak tahu yang akhirnya satu dunia boleh membaca kebodohan itu. - Fauziah Arof Utusan Malaysia Rencana 30 September 2015 1:21 AM

Hai Melayu, teruskan bertelingkah...

Ahad lalu saya menerima e-mel daripada seorang bernama Rahman dari Singapura. Beliau mengaku teruja untuk mengulas artikel dalam kolum hari minggu ini bertajuk,"Kerajaan hipokrit".

Rahman sangat bersetuju dengan pandangan bahawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1965 adalah hipokrit. Parti ini sama seperti DAP (Parti Tindakan Demokratik) yang sekarang menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor. Beliau yang menggelar PAP sebagai Pay and Pay tiada beza dengan DAP. Memang asal kelahiran daripada PAP, katanya.

Dalam e-melnya itu Rahman berkeluh-kesah tentang nasib Melayu Singapura yang terpinggir melalui permainan PAP. Apa yang diluahkan Rahman bukanlah hal baharu. Keluh-kesah sebegitu sudah banyak diceritakan.

Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengangkat martabat Melayu Singapura. Sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Semua pintu seakan-akan tertutup bahkan boleh dianggap sebagai dikunci mati.

Atas sebab itu, beliau mahu berkongsi perasaan dan mungkin boleh disebut sebagai kealpaan bangsanya yang meletakkan orang Melayu dalam kedudukan sekarang, agar dapat dijadikan teladan.

Menurut Rahman, PAP sangat bijak mengunakan taktik serampang dua mata. Mula-mula mereka melaungkan konsep sama rata. Tidak kira bangsa, bahasa dan agama, semuanya sama rata. Orang Melayu tertipu dengan muslihat bijak itu. PAP pun menang dengan undi Melayu. Apa yang terjadi sekarang?

Apabila menyedari penambahan bilangan orang Melayu, PAP mengikut versi Rahman, mengimport pula orang asing dari China, Taiwan dan Hong Kong bagi menyeimbangkan kedudukan.

Beliau turut merujuk fakta semakin banyak "orang Malaysia tertentu" diberikan kerakyatan dan taraf penduduk tetap. Mereka mendapat pekerjaan dengan gaji lumayan. Bagi menyokong hujahnya, Rahman mengepilkan laporan Malaysian Insider pada 30 Jun lalu bertajuk, "Mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia." Menurut siasatan portal itu, 30 hingga 50 permohonan melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia diterima setiap hari di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Saban tahun, jumlah rakyat Malaysia yang menjadi warganegara republik itu terus meningkat. Pada 2012, sebanyak 20,693 kewarganegaraan diberikan kepada penduduk baharu Singapura.

Dikuburkan

Portal itu turut menemu bual dua rakyat Malaysia (Daphne Lim dan Saranee Joseph-bukan nama sebenar) yang kini menjadi warganegara Singapura yang menyatakan mereka menukar kerakyatan untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Begitulah, terdapat dua sudut pandang berbeza. Kedua-dua rakyat Malaysia ini menganggap pemberian kerakyatan sebagai keistimewaan. Orang Melayu Singapura pula melihatnya sebagai gerakan politik untuk terus menekan mereka.

Bukan itu sahaja, menurut Rahman, banyak rakyat Malaysia tertentu mendapat biasiswa ke universiti Singapura. Beliau berasakan layanan kepada orang asing ini lebih istimewa berbanding kepada anak Melayu tempatan. Usah ceritalah tentang pengambilan pegawai tinggi tentera, dalam kerajaan dan GLC.

Rahman turut menyatakan bahasa Melayu yang dijadikan Bahasa Kebangsaan sudah dikuburkan. Sudah hilang. Hanya dua yang kelihatan digunakan iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin.

Katanya, sekolah Melayu sudah lama ditutup tetapi sekolah Cina masih dikekalkan. Parti politik Melayu terkial-kial hendak hidup kerana sudah tidak ada lagi kawasan majoriti Melayu. Melayu sudah dipecah-pecahkan. Setiap blok rumah pangsa, bangsa bukan Cina hanya dihadkan kepada 30 peratus sahaja. Jadi, semua orang Melayu tidak boleh tinggal dalam satu blok. Menteri Melayu hanya satu. Baru-baru ini ditambah satu lagi sedangkan orang India ada empat menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Apa yang diceritakan oleh Rahman ini tiada bezanya dengan pendedahan oleh Profesor Dr. Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Lily Zubaidah telah dibuang dari Singapura kerana mengkritik kerajaan PAP. Beliau menjadi profesor di Sydney University, Australia. Banyak yang dibangkitkan oleh Lily yang boleh dijadilkan pengajaran. Antaranya selepas Yusof Ishak menjadi Presiden (9 Ogos 1965 – 23 November 1970), tiada lagi orang Melayu menjawat jawatan itu. Rumusan yang boleh dibuat ialah pelantikan Yusof Ishak hanyalah gula-gula bagi menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

Singapura kepada Lily, tidak lebih hanya sebuah negara yang mengamalkan diskriminasi. Konsep sama rata dan meritokrasi tidak wujud apabila melibatkan orang Melayu. Mengakhiri keluh-kesahnya, Rahman menulis “Wahai Melayu Malaysia bersatulah. DAP dah tunjuk kuasa. Semoga Allah lindungi Malaysia daripada kekuasaan DAP hipokrit.”

Asas penting mendaulatkan Melayu ialah perpaduan. Tetapi malangnya politik Melayu itu sekarang sedang diamuk gelora sehingga ada yang menyifatkannya sebagai masa gelap politik. Dari tahun ke tahun walaupun mengetahui hayat kuasa di hujung usia, kita lebih suka mempamerkan perpecahan.

Kita tahu perpecahan adalah racun mematikan bangsa ini tetapi kita seperti tidak berdaya pun untuk menangkis asakan adu domba dan fitnah. Terlebih lagi kita terlalu mudah termakan umpan anasir asing.

Kita kalah sebelum berjuang. Kita selalu gagal kalau tidak pun ragu-ragu untuk mempertahankan pemimpin yang kita sendiri pilih melalui sistem demokrasi yang ulet, teruji dan panjang.

Sesungguhnya kita merindukan pemimpin pelbagai peringkat yang mempunyai wawasan jauh dengan cara pandang antisipatif, bukan reaktif. Kita tentu sekali tidak memerlukan pemimpin bergaya pemadam kebakaran. Hanya apabila ada kebakaran, baru bergerak memadamkannya.

Kita bertekad mahu mengekalkan kuasa tetapi kita suka bertelingkah sedangkan orang lain terus tegap bersatu menuju ke Putrajaya. Kita ada wawasan untuk melangkah jauh tetapi terlihat malu-malu bertindak agresif bahkan mudah terganggu oleh gerakan licik musuh sedangkan politikus lain kuat bekerja, berdisiplin, tekun dan nekad dalam perjuangan.

Mengapa tidak? Jadilah angkuh seperti si tokong Pulau Pinang, jika perlu. Atau jadilah licik seperti PAP, jika perlu demi mengekalkan kuasa Melayu.

- Zulkefli Hamzah Utusan Malaysia Rencana 12 Julai 2015

Suami rimas isteri hipokrit

"JIKA orang lelaki kecewa dalam rumah tangga, dia tidak akan membebel macam orang perempuan, bercerita sana sini hingga memalukan suaminya sendiri. Kami rata-rata kalaupun bercerita dengan lelaki tetapi ia tidak berpanjangan, kami minta nasihat dan terus bertindak setelah berfikir panjang.

"Macam saya nasihat kawan, jika isteri terlalu kawal suami biarkan aja, sebaliknya buatlah apa yang kita rasa kita layak lakukan. Jadi itulah saya lakukan, saya cari wanita lain yang sesuai dengan hati saya,’’ itu cerita Hazrul dalam e-melnya.

"Saya rasa dengan mempunyai teman wanita yang rapat maka kita boleh berbincang dan paling tidak menyejukkan hati yang terluka. Tetapi perangai buruk saya ini terbawa-bawa sampai pulang ke rumah. Isteri mula syak saya buat hubungan dengan wanita lain.

"Punca saya mengambil keputusan mencari teman wanita adalah kerana perangai dan kelakuan isteri saya sendiri, Zamila. Dah puas saya nasihat dia supaya menghormati saya dan ibu saya, tetapi semuanya tidak dipedulikan. Dia masih degil dengan caranya.

"Setiap bulan dia akan bertanya mana duit saya pergi, apa saya buat dengan duit saya dan berapa banyak saya beri pada emak saya. Saya sedar emak saya bukan orang senang, jadi saya kena bantu. Dulu tugas itu dilakukan oleh abang dan kakak saya. Mereka beri duit pada ibu secara tidak langsung telah membantu memudahkan saya belajar dari sekolah menengah hingga ke kolej. Kini setelah bekerja, maka sudah sampai masanya saya ganti tugas dan tanggungjawab mereka.

"Pertama sebab kakak dan abang saya ada anak-anak yang sudah meningkat remaja yang lebih memerlukan bantuan untuk terus belajar. Saya rasa sudah sampai masanya saya ambil alih tugas abang dan kakak saya untuk membantu ibu saya pula. Saya mahu lihat ibu bahagia dan gembira di akhir-akhir usianya.

"Bila saya terus terang dengan Zamila, dia mula naik angin. Katanya seseorang lelaki itu apabila dia telah berkahwin, maka dia mesti meletakkan seluruh jiwa raga, dan tanggungjawabnya kepada keluarganya sendiri khususnya anak-anak. Menjadi tanggung jawab ibu bapa beri pelajaran kepada anak-anaknya seperti yang diamanahkan Allah. Jadi si suami mesti beri sepenuh perhatian kepada keluarganya bukan ibu bapanya lagi.

"Sebaliknya, dia berkeras kalau saya beri perhatian dan memberi kebajikan kepada emak saya, maka saya juga mesti membuat benda yang sama kepada ibunya. Saya jelaskan, saya hormat ibunya, kerana dia mertua saya. Tetapi mertua saya ada anak-anak lelaki, maka dialah yang mesti beri perhatian kepada ibunya. Tetapi Zamilah tidak dapat terima.

"Peliknya depan ibu saya dia bercakap lemah lembut, konon dia sukakan ibu saya, dan rasa kesal tak dapat menjemput ibu saya tidur di rumah saya sebelum balik kampung, tetapi kenyataannya, bila balik rumah dia akan tarik mula masam - bertanya berapa banyak duit yang saya berikan kepada ibu saya.

"Saya cukup hairan mengapa dia boleh hidup berpura-pura seperti itu, sedangkan dalam hatinya dia tak sukakan ibu saya. Kerana sikap berpura-pura itulah juga ibu saya sayangkan dia kalau dia beri alasan apa pun tentang kesibukan dan banyak kerja luar, ibu saya akan percaya.

"Saya cukup sedih, ibu saya begitu sayangkan dia, tetapi dia punyalah meluat dengan ibu saya, serba tak kena pada matanya. Katanya, ibu saya buat baik tu kerana nak minta duit lebih banyak daripada saya. Kerana sakit hati, saya sering berbalah semuanya kerana saya rasa benci dengan sikap hipokritnya.

"Katanya, ibu (mertua saya) ada pengalaman pahit dengan neneknya sebab neneknya setiap bulan suka minta duit daripada anaknya (ayahnya). Lepas tu dia gunakan untuk bantu anak-anaknya yang hidup susah dan tak ada kerja di kampung yang sering menyusahkan hidup ayahnya. Bila tak ada duit nenek akan minta pada ayahnya.

"Sebab itulah juga ibu mertua saya menasihatkan Zamilah supaya berhati-hati dengan mertua yang suka minta duit. Dia tak mahu bila saya tak ada duit maka saya akan minta duit Zamilah untuk diberikan kepada ibu saya. Sebab itu rasa benci Zamilah pada ibu saya menjadi-jadi.

"Saya tak nafikan perbuatan ayahnya, kerana itulah juga yang dilakukan oleh abang dan kakak saya sering beri duit pada ibu saya, dan ibu saya gunakan buat belanja saya dan adik untuk ke sekolah dan seterusnya ke kolej. Kalau nak ikutkan itu adalah tanggungjawab adik-beradik saling membantu. Tapi kepada Zamilah itu bukan tanggungjawab anak sebaliknya ibu bapa. Macam mana kalau ibu bapa miskin dan duduk di kampung?

"Kerana itulah juga saya tidak pernah beri apa-apa hadiah kepada ibu saya walaupun sehelai kain batik, ataupun sagu hati kepada anak-anak abang dan kakak saya jika mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej, sebab Zamilah tak izinkan.

"Kerana rasa bosan inilah juga saya berjaya mendapatkan ketenangan dengan Farisha, wanita yang menjadi teman baik saya. Pada saya Zamilah sukar dibentuk dan tidak makan nasihat, dia terdidik dengan cara yang salah.

"Berbanding Zamilah, Farisha setelah saya siasat budi pekertinya menghormati orang tua, terutama ibu mertua. Kalau dulu Farisha bersifat kawan baik, kini sedikit demi sedikit dia telah berjaya menawan hati saya. Ini yang membuat saya serba salah. Tapi kata kawan kalau isteri sudah tidak boleh dinasihat dan dibentuk, maka lebih baik cari pengganti.

"Tapi kawan lain menasihati berkahwin dua bukan mudah, silap langkah hidup lebih merana. Kecuali si lelaki itu seorang yang teguh dan kuat pendiriannya, macam saya dia suruh fikir sepuluh kali sebab dia takut saya akan buat isteri baharu hidup merana. Kerana sedangkan masalah hormati ibu pun saya tak boleh kawal perangai isteri sendiri, inikan pula masalah apabila beristeri baru. Akhirnya saya akan buat hidup bakal isteri baharu hancur.

"Inilah dilema yang sedang saya hadapi. Saya sudah dapat orang yang memahami jiwa saya dan sayangkan ibu saya, tetapi saya tidak dapat mengawal isteri yang tidak berbudi dan tidak berdisiplin. Patutkah saya kahwin lagi atau ceraikan isteri sekarang?

"Semua masalah ini adalah berpunca daripada sikap isteri yang tidak menghormati ibu saya. Saya amat sayangkan ibu saya dan adik-beradik saya, kerana tanpa bantuan mereka, saya yakin hidup saya tidak seperti sekarang dan pasti saya tidak kenal siapa Zamilah, ini yang Zamilah patut ingat.’’ Demikian cerita Hazrul tentang dilema yang dihadapinya. tusan/Keluarga/20140713

Kontroversi selfie Obama

TIDAK. Bila seseorang itu dianugerah pingat dan kemudian menyiarkan iklan tahniah kepada dirinya sendiri, itu bukan selfie. Atau seseorang menulis buku memoir mengenai dirinya sendiri. Bukan selfie.

Tidak juga bila seseorang itu menayangkan semula di Facebook, keratan akhbar yang menyiarkan berita dan gambarnya. Itu bukan selfie. Itu sharing (berkongsi), kalau tidak pun memang sengaja mahu menunjuk-nunjuk.

Istilah selfie berasal daripada kata induk bahasa Inggeris self (bermaksud sendiri) yang ditambah ‘ie’. Secara khusus selfie bermaksud gambar diri individu yang diambil sendiri, lazimnya menerusi kamera digital atau telefon pintar yang dirakam dalam jarak lengan sendiri atau pantulan cermin atau kamera web pada komputer laptop, meja atau tablet.

Selfie secara khususnya, apabila sudah dirakam gambar sendiri itu, kemudian disiarkan di laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya. Lazimnya gambar selfie bertujuan untuk berseronok, buat lawak, minta puji dan meraih pengikut lebih ramai. Tidak kurang juga bertujuan untuk berlagak atau show off bahawa dia sedang mengangkat barang mangsa banjir.

Perlakuan mengambil gambar sendiri ini bukanlah fenomena baharu. Sejak zaman kamera pertama kali dicipta pada kurun ke-20. Puteri Tsar Rusia, Anastasia Nikolaevna pada usia 13 tahun merupakan seorang daripada remaja terawal merakam gambar dirinya sendiri menggunakan cermin untuk dihantar kepada sahabat-handainya, pada 1914. Dalam surat yang ditulisnya bersama gambar tersebut, Anastasia berkata, ‘saya mengambil gambar saya merenung cermin. Sangat sukar kerana tangan saya menggeletar’’.

Malah, ketika saya berusia sama dengan Anastasia, memiliki mini kamera ketika itu adalah sesuatu yang luar biasa rasanya. Segala benda di rumah dirakam. Beg, lencana sekolah. Pokok kacang yang ditanam sendiri, kereta bapa. Kamera tersebut tidak memiliki auto fokus, jadi untuk mengambil gambar dalam jarak sedepa lengan, nescaya akan menyebabkan gambar menjadi kabur. Buang filem sahaja.

Jadi teknik yang menjadi pilihan ialah menggunakan Timer Auto-Camera, iaitu pastikan kamera berada dalam kedudukan, kemudian anda berdiri di hadapan kamera. Atau kalau mulut manis, minta tolong orang lalu lalang tolong ambilkan. Tapi hasil gambar itu jangan merungut kalau senget sana sini.

Kamus

Bulan lalu, perkataan selfie dipilih sebagai ‘perkataan tahunan’ (Word of the Year 2013) berikutan penggunaannya meningkat sebanyak 17,000 peratus sejak tahun lalu oleh Oxford Dictionaries.

Perkataan selfie pada asalnya digunakan dalam satu forum atas talian di Australia pada 2002 sebelum penggunaannya meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tinjauan bahasa yang dilakukan editor Oxford Dictionaries mendapati, perkataan selfie lebih banyak digunakan pada tahun ini berbanding beberapa perkataan popular lain termasuk twerk yang merujuk kepada aksi tarian seksi yang dipopularkan oleh penyanyi, Miley Cyrus pada majlis Anugerah Video Muzik MTV pada Ogos lalu.

Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall berkata, perkataan tahunan tidak semestinya dicipta dalam tempoh 12 bulan lepas atau menjadi perkataan yang digunakan dalam tempoh tertentu.

Populariti selfie juga didorong oleh kemajuan dalam telefon pintar. Kolumnis The New Yorker, Kate Losse menyifatkan pengenalan iPhone 4 pada 2010 meningkatkan populariti selfie kerana telefon tersebut memiliki ciri kamera yang pemiliknya boleh melihat wajah sendiri. Teknologi itu sekarang sudah ada pada semua telefon pintar dan tablet.

Ini menjadikan risiko gambar kelabu atau gegar, boleh diketepikan kerana anda boleh membetulkan sudut dan fokus gambar. Malah mengambil gambar selfie beramai-ramai tidak lagi memeningkan, apalagi cermin atau mengilas tangan macam plasticman.

Hari ini, selfie bermaharajalela di laman sosial. Golongan remaja menguasai selfie. Mungkin disebabkan golongan pasca remaja semakin menghargai makna ‘privasi’ dan ‘memilih suasana tertentu sahaja’. Golongan remaja ini merakam selfie daripada gaya rambut baharu, kasut, pakaian dan macam-macam.

Jika anda rajin membelek, anda akan dapati keterangan gambar yang serupa iaitu cooling atau dalam bahasa remaja Malaysia:,‘‘lepak atau santai atau jangan havoc". Instagram yang sememangnya berorientasikan gambar, adalah muzium selfie. Instagram memiliki aplikasi yang mana anda boleh menukar tema gambar, misalnya menjadikan gambar kekuningan, seolah-olah gambar lama atau menambah corak bunga-bunga.

Kontroversi selfie paling terbaharu yang menjadi perhatian dunia sekarang, membabitkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang merakam gambar selfie bersama Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning Schmidt dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Istilah

Perlakuan mereka bertiga itu mencetuskan istilah tambahan iaitu funeral selfie kerana mereka berbuat demikian pada majlis memperingati kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela di sebuah stadium di Johannesburg pada 10 Disember lalu.

Gambar tersebut mendatangkan kritikan terhadap mereka bertiga, yang didakwa tidak sensitif dengan majlis. Terdapat pula cerita tambahan. Disebabkan itu juga, isteri Obama, Michelle didakwa cemburu melihat ‘kemesraan’ Obama dengan Thorning-Schmidt, yang sememangnya jelita. Lebih lawak, satu gambar kemudiannya menunjukkan Michelle bertukar tempat duduk di tengah-tengah, bagi menjarakkan suaminya daripada Perdana Menteri Denmark tersebut.

Sebilangan media Amerika Syarikat menggunakan situasi tersebut untuk membidas Obama yang digambarkan sebagai terpesona dengan kejelitaan Thorning-Schmidt tetapi media Denmark pula tidak sebegitu kritikal kerana mereka lebih memahami situasi di dalam negara. Pada waktu yang sama dengan kematian Mandela, Thorning-Schmidt berdepan dengan kemelut apabila dua menteri Kabinetnya meletak jawatan, yang memaksa beliau melakukan rombakan.

Media Denmark melihat insiden itu menunjukkan Thorning-Schmidt masih mampu bersikap tenang di sebalik krisis dalaman, dan paling penting menunjukkan beliau memiliki hubungan mesra dengan dua pemimpin kuasa dunia utama iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Ini tafsiran di Denmark.

Secara ringkasnya, walaupun selfie suatu aksi yang ringan dan berseronok tetapi boleh menjadi kontroversi jika anda tidak peka dengan persekitaran dan had tatasusila budaya serta agama. Selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian tidak segan-silu mengambil gambar selfie punggungnya untuk dikongsi dengan 11.7 juta pengikut Instagram dan 18.8 juta pengikut Twitternya.

Seandainya anda rasa mahu mengikut contoh Kim, fikir lama-lama ya sebelum menyiarkan atau mengutusnya kepada sesiapa. Elakkan diri terjerumus ke dalam kategori ‘No Further Action.



Johardy Ibrahim Utusan Malaysia Online Rencana 20131215

Hipokrasi dalam pendidikan merugikan

Makin lanjut usia Kunta Kinte, makin banyaklah hal dan perkara yang Kunta Kinte dapati berulang. Bagi orang muda, mereka tentulah sangka benda-benda dan hal-hal itu baru. Inilah buruk dan baik bila kita semakin berusia.

Masa muda kita idealistik. Kita mahu segala-galanya sempurna. Kita rasa kita sajalah yang betul. Tak makan tak apa, asal hati suka. Bila dewasa, kita jadi lebih realistik. Tak semua yang kita harap dan idam masa muda boleh dicapai atau baik untuk kita. Kita kena fikir hal anak isteri, ibu dan ayah.

Kemudian pada hujung usia, kita dilanda nostalgia. Kita merindukan pengalaman dan zaman yang berlalu.

Dunia semakin asing kepada kita.

Ambil contoh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang baru dilancarkan. Bagi orang muda, mereka tentu sangka ia sesuatu yang baru. Tapi bagi Kunta Kinte yang dah saksi evolusi sistem pendidikan kita sejak 1960-an, ia bukanlah pelan baru. Ia ada versi terkini kepada berpuluh-puluh dasar, pelan dan program pendidikan yang sudah dilaksanakan sejak merdeka.

Sebab itulah bila ada orang ajak Kunta Kinte duduk bersama bincang tentang pelan itu, Kunta Kinte minta ampun dan maaf tak dapat ikut serta sebab Kunta Kinte rasa waktu dan zaman Kunta Kinte telah berlalu dan Kunta Kinte pun dah naik letih tengok banyak sangat perubahan dan transformasi.

Satu lagi, maaf cakaplah Kunta Kinte berasa terkilan dengan sesetengah dasar dan pelan pendidikan yang kita laksanakan selama ini. Bukan dasar dan rancangan tak baik, tapi pelaksanaannya macam hangat-hangat tahi ayam dan melepas batok di tangga.

Kunta Kinte daripada generasi yang diajar tulisan Rumi dan Jawi serentak dan sama berat. Selain itu, Kunta Kinte juga belajar sekolah agama sebelah petang. Jadi, tak ada masalah menulis dan membaca Jawi.

Tulisan Jawi hampir lenyap

Tapi apa dah jadi dengan tulisan Jawi? Berapa kerat anak cucu kita hari ini yang boleh tulis dan baca Jawi dengan baik? Itu belum bahasa Arab. Sepatutnya tulisan Jawi dan bahasa Arab sudah lama jadi mata pelajaran wajib kepada pelajar Melayu dan Islam. Sebaliknya, tulisan Jawi sudah boleh dikatakan mati dan bahasa Arab hanya bertumpu kepada beberapa kerat pelajar sekolah agama.

Dulu, hari kita tak lengkap kalau tak baca Utusan Melayu yang tulisannya Jawi. Hari ini, Utusan Melayu tinggal dalam kenangan saja. Siapa yang hendak kita salahkan? Minta banyak-banyak ampun dan maaf kalau Kunta Kinte kata, setiap Perdana Menteri kita pernah jadi Menteri Pelajaran.

Tak perlulah Kunta Kinte ulas panjang nanti ada orang kecil hati. Tapi kalau kita nak ubah dan perbaiki keadaan, kita kena akui kesilapan dan kelemahan kita.

Kemudian hipokrasi sesetengah pemimpin dan pembesar tanah air kita tentang sistem pendidikan kebangsaan. Kalau bercakap soal pendidikan kebangsaan, berapi-api semangat kebangsaan dan patriotisme mereka. Merekalah jaguh, merekalah hero. Sampai tersembur air liur dan tegang urat leher.

Tapi hantar anak ke sekolah eksklusif, sekolah antarabangsa dan sekolah elit yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Kalau ajar bahasa Melayu pun sekadar ambil syarat saja. Ada juga yang hantar anak ke luar negara sejak sekolah rendah lagi.

Kunta Kinte tak kata tak boleh atau nak halang sesiapa daripada hantar anak ke sekolah elit. Tapi janganlah hipokrit. Di depan rakyat puji sistem pendidikan kebangsaan dan suruh rakyat jelata hantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, tapi mereka sendiri umpama ayam jantan yang nyaring berkokok ekor penuh najis.

Kebaikan sistem pendidikan kebangsaan

Kunta Kinte komited kepada sistem pendidikan kebangsaan. Semua anak Kunta Kinte pergi ke sekolah kebangsaan dari Darjah Satu sampailah ke Tingkatan Lima atau Enam. Ini bukan soal mampu atau tak mampu, tapi hakikat bahawa ada banyak kebaikan dalam sistem pendidikan kebangsaan di peringkat rendah dan menengah, khasnya di mana murid dan pelajar adalah daripada pelbagai kaum dan agama. Di situlah asas perhubungan kaum, percambahan budaya dan sikap toleransi masyarakat majmuk terbentuk dalam suasana keterangkuman.

Hanya selepas sekolah menengah barulah Kunta Kinte hantar mereka ke kolej swasta dalam negara dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi di luar negara. Itu pun bukan kerana tak percaya kepada universiti tempatan, tapi kerana ada sikit rezeki lebih dan Kunta Kinte nak bagi peluang mereka belajar hidup dalam situasi global selaras dengan amanat Hang Tuah ‘takkan Melayu hilang di dunia’.

Kadang-kadang, anak-anak kita yang belajar di sekolah kebangsaan, bila kita hantar sambung pelajaran di luar negara, mereka lebih Malaysia dan lebih patriotik daripada yang belajar eksklusif dalam negara sebab di luar negara mereka terpaksa pertahan maruah dan nama baik Malaysia. Jadi Kunta Kinte harap pemimpin dan pembesar negara yang berkokok nyaring mengenai kehebatan sistem pendidikan kebangsaan, janganlah hipokrit, jangan jadi macam ketam mengajar anak berjalan betul. Jangan sangka rakyat jelata tak tau siapa pemimpin dan pembesar yang bertalam dua muka itu. Wallahualam.

Kunta Kinte Berita Harian Online Rencana 16/11/2013